Wednesday 9 March 2016

When Abah Kena Warded (Part I)

Assalamualaikum

Olalala. Tadi lepas habis lunch dan solat sume aku pun duk layan blog kak FL yang post dulu2. Boleh la nak duk gelak sorang2 kejap. Aku tak giler pun cuma bosan. Kau tau kan bosan bila terpaksa ngadap komputer tapi tak ada kerja sebenarnya. Ikut hati nak aje aku ambil kunci kereta terus bla balik rumah. Over kau kan! Siruesss aku bosan. Tapi tak apa lah aku cuba la nak isi keindahan kebosanan ni dengan story ciked.

Hujung tahun lepas adalah ujian yang paling besar buat aku sekeluarga. Masa tu aku dah nak final exam rasanya. Final year ni kiteowang ada study week dua minggu. Sebenarnya seminggu je. Jangan kau mengada sampai dua minggu. Tapi disebabkan budak2 final year ni start exam lambat daripada dak junior tu sume so berhibur sikit la akak ni. Gila ta ingat exam ke apa.

Ok back to story. Nak dijadikan cerita lepas abah hantar aku balik nilai sebab aku tak larat nak drive sorang. Abah demam. Mulanya aku ingat abah demam biasa jer tapi dah sampai empat hari tapi demam abah still tak kebah. Aku pun dah naik pelik. Umi bawak abah terus emergency room kat hospital. Nasib baik la dak adik ngah cuti sebab cuti sekolah. Dak IPG kan. So dia yang banyak tolong parents. Aku yang kat nilai ni dah fikir macam2 dah. Dah serabut. Dah kusut. Dah tak boleh pikir apa dah. Belajar pun tapi fikiran kat lain. Ya Tuhannn...

Tak lama lepas umi col cakap abah kena warded sebab denggi. Aku dah dupdapdupdap. Lepas tu umi cakap yang doktor syak abah mungkin kena kencing tikus. Masa tu aku dah berjurai air mata. Since aku dah dengar macam2 pasal kes kencing tikus ni. Aku ni pun terus search pasal tanda2 kencing tikus bagai sambil menangis. Housemate yang faham dengan perangai aku yang manja dan cengeng ni tak putus2 pujuk aku dengan positive words. Oh tenkiu sangat guys!

Dan yang latest umi bagitahu yang abah kena jangkitan kuman. Masa tu aku dah rasa lega sikit sebab abah bukan kena kencing tikus even masa tu aku still tak tahu abah kena jangkitan kuman kat mana. Setiap hari aku updated pasal abah. Aku sentiasa call sampai umi pun dah tak larat nak angkat dan umi cakap nanti kalau apa2 baru umi col. Oke aku faham sebab masa tu still macam kelam-kabut lagi. Start aje study week aku terus tempah tiket flight balik. Sepanjang aku belajar aku tak pernah balik study week kau tau. Tapi kali ni aku wajib balik for my family. Kalau aku kat Nilai pun aku tak mampu buat apa2 melainkan menangis dan berdoa. Thanks Mi sebab belikan tiket flight untuk aku dan hantar aku ke airport sambil tengok aku meroyan menangis tak henti bagai.

Waktu aku balik tu abah kena operate mata. Dalam tiga hari kat wad abah mengadu yang mata sebelah kanan dia kabur. Terus umi mention kat doktor. Keesokkan harinya abah kata mata kanan dia dah tak nampak. Terus abah kena rujuk dengan doktor pakar and the doctor said yang kuman dah merebak ke mata abah. Doktor inject antibiotik for see the progress but bila tu sume no progress abah kena operate secepat mungkin. Hati aku remuk bila doctor said  berkemungkinan mata kanan abah takkan dapat lihat lagi. Masa berita ni aku masih di Nilai dan baru nak ke airport, And yes aku menangis lagi dan lagi.

Sampai je hospital aku terus ke wad. Nasib baik abah tak masuk dewan bedah lagi. Dalam hati aku dah nasihat diri sendiri siap2 supaya tak menangis depan abah. But bila depan abah aku kalah when abah pegang tangan aku kuat giler. Ya Tuhann dugaannye bila tengok abah macam tu. Mata abah dah merah. Badan abah panas dan sangat lemah. Hanya mampu pandang aku tanpa senyuman. Aku noticed yang badan abah nampak kuning sikit (jaundice, sebab sebelum ni aku dah search kan). Then abah ditolak masuk OR. 

Aku hanya berdoa moga operation goes well. Sepanjang operation aku bacakan yassin untuk abah bersama linangan air mata. Lagi. Aku tak kuat untuk ini. Almost 3 hours operation aku terus updated dengan doktor pasal abah. Alhamdulillah everything going well tapi abah kena selalu dipantau. And once again i asked the doctor either my father's eye will be back to normal. Doktor cakap Dr ta janji sebab setakat ilmu yang dia ada mata kanan abah mungkin takkan dapat lihat lagi. Speechless again. Tu baru pasal mata abah. Actually jangkitan kuman tu ada kat hati. Sebab tu abah jaundice. Dan abah need rawatan untuk itu. Doktor cakap abah perlu stay almost 4-6 weeks to recover through continuous antibotic.

Oke nanti aku sambung lagi. Dah nak balik kerja dah.

Bye!




No comments:

Post a Comment

Fikir dulu sebelum komen. Moga yang baik-baik untuk semua.