Monday, 31 December 2018

2018 and Stories

Assalamualaikum

My first post for 2018 at the end of 2018. Lol. Last post aku Mac 2017 pasal travel kat Jeju. Aku rasa macam dah tak ada mood nak sambung post trip kat Seoul pulak. Dah lupa dah ni. Nak share pun ingat2 lupa. Lagipun aku don't have much time to spend on writing here even i'm really miss it. Atau lebih tepat aku malas and no idea what to share here. Nak bukak lappy ni dia punya berkira macam2 hahahaha. Let's talk about 2018.. terlalu banyak kisah yang Allah hadiahkan untuk aku pada tahun ni. Ada suka ada duka. Suka untuk pengalaman baru. Ditemukan dengan orang2 yang baru. Duka yang aku sendiri tak sangka dan terfikir. Yaa aku akan share serba ringkas dalam post ni.

Actually at September 2017 aku dah dapat kerja area Terengganu ni. Alhamdulillah Allah makbulkan salah satu doa aku yang nak stay Terengganu for sake of my parents. Hadiah ni yang buat aku teramat bersyukur sebab daripada ini lah Allah bagi aku merasai peluang2 yang lain.  Tipulah cakap kalau masa first start kerja tu aku tak bimbang apa2. Nak adapt dengan opismate lah yang paling aku bimbangkan. Maklumlah aku ni bukan jenis yang ramah sangat. But thanks Allah aku diberi opismate yang sangat baik sampai aku dapat adapt dengan diorang terlalu cepat. Hehe. Bidang kerja aku memerlukan aku untuk berhadapan dengan macam2 orang. Perlu sangat sangat sabar dari segi attitude and manners. Betullah kata orang bila kita jumpa ramai orang kita akan dapat macam2 pengalaman. Yes memang dapat especially how to handle people. Kadang2 terkejut bila tengok diri sendiri sesabar itu. Sedar2 tak sedar dah setahun lebih aku kerja kat sini.

Mac 2018. Unplanned trip to JogJakarta with my dear darlings. Sungguh! Sangat2 tak plan sebab bila masing2 duk meroyan cakap nak vacay nak vacay. Stress la apa la. Mula2 nak vacay dalam negara je tapi entah macam mana dapat cari tiket murah kat sana pulak. And finally dapat tiket murah betul sekali dengan hotel 4 bintang. Thanks to my darlings yang memahami sebab aku tak dapat tolong banyak untuk plan trip ni. Masa tu level busy aku terlalu tak boleh cerita. Kali ni travel pakai ejen sebab terlalu sibuk untuk plan backpackers. Kiranya nak pi sana nak rehat jah. Nak orang bawakkan dan plan kan itineary untuk kitorang. Salah satu sebabnya adalah i got too stress at that time and tak sihat sangat. Mula2 macam tanak join dah tapi umi cakap pergilah sebab nak aku dapat semangat baru bila tengok negara orang. Hahahaha. Yes balik tu aku macam bawak semangat baru. Bila kat sana pening2 and stress aku semua hilang. Lol nak vacay sangat la tu. Travel yang ni nanti aku share kat post lain tau.

June 2018. Yaa ini berita duka yang paling susah aku nak terima. Terlalu banyak masa aku perlukan untuk terima kenyataan ni. Sampai sekarang aku masih tak kuat. 20 June 2018. Ayoh (atuk) insan kesayangan kami satu family telah dijemput ilahi. Tak pernah terlintas ayoh dijemput secepat ini. Dalam keadaan kami yang cukup tak bersedia. Yang masih mengharapkan ayoh dalam segalanya. Yang menginginkan ayoh sentiasa ada untuk kami. Kami seakan patah sebelah sayap. Masih terkapai-kapai supaya kuat untuk terbang. Dalam diam mengesat air mata sendiri.  Bercakap tentang rindu.. tak pernah sehari rasa rindu ini pergi sebab setiap pelusuk rumah aku ada kenangan bersama dia. Kadang2 bila aku terjumpa pakcik2 sebaya ayoh yang berpakaian seperti kebiasaan ayoh.. air mata bergenang tanpa sedar. Aku merasakan seperti dia masih ada. Aku rindu dia Ya Tuhan.

November 2018. Kami terpaksa menerima khabar duka sekali lagi. Hakikatnya aku belum bersedia tapi aku terpaksa menelan takdir ini dengan redho. Luka ayoh yang pergi 5 bulan lalu masih belum cukup sembuh. 29 November 2018. Giliran mok (nenek) dijemput ilahi. Siapa kita untuk menghalang semuanya. Allah menguji kami sekeluarga dengan kehilangan mereka. Insan2 yang bagaikan sayap keluarga. Kami patah kedua belah sayap pada tahun yang sama. Setelah ayoh pergi.. mok lah penguat kami. Aku akan cuba mengisi kesunyian mok bila dia sendiri walaupun aku tahu rindu dia pada kekasih hatinya tak pernah diluah dengan kata2 di depan kami. Aku tahu dia rindu. Setiap malam aku akan melayan setiap cerita2 dia. Pasal ayoh. Pasal anak cucu. Pasal kisah lama dia. Aku akan setia mendengar. Apabila aku mimpikan ayoh.. aku akan ceritakan pada dia. Dia mendengar dengan bersungguh. Katanya dia tak pernah mimpikan ayoh. Ya aku tahu dia rindu.

Sungguh aku tak sangka terpaksa melepaskan dia. Berat sungguh hati ini. Allah bagi aku peluang untuk menemani dia pada malam sebelum dia pergi. Dan aku orang pertama yang mendengar khabaran duka ini dari doktor. Hampir luruh jantung ni. Allahu.... Allah terlalu baik untuk aku. Dia berikan aku peluang untuk sempat bersama ayoh dan mok di saat2 penghujung hayat mereka. Sampai sekarang aku masih menahan rasa. Dan aku tau bukan aku sorang yang rasa. Kami semua merasai kerinduan itu. Kelukaan itu. Tak pernah tersangka tahun ini adalah tahun terakhir kami satu keluarga beraya bersama ayoh dan mok. 

Ayoh dan mok.. mereka pergi pada tahun yang sama. Pada jarak yang singkat untuk mereka berenggang. Dan Allah memanggil mereka pulang pada jarak masa yang dekat. Hakikatnya pada hayat mereka.. mereka tak pernah berenggang. Aku akan coretkan kisah manis mereka pada post yang lain.

Setakat ni je kisah 2018 aku. Sebenarnya banyak lagi. Tapi ni je lah yang bagi impak yang besar dalam hidup aku. Kenapa aku katakan ini semua hadiah. Sebab daripada sini lah aku belajar apa itu Sabar Redho Syukur. Setiap apa yang Allah berikan itu semua ada hikmahnya. Salah satu jawapan untuk doa2 kita. Alhamdulillah untuk semuanya. Tahun depan dah makin bertambah umur. Harap makin matang, sentiasa sihat walafiat, dimurahkan rezeki, diberkati umur, ditemukan dengan orang2 yang baik dan sentiasa melakukan perkara2 yang lebih baik.

 Dan macam biasalah bila masuk tahun baru apa azam/ impian/ plan korang untuk Tahun 2019.


Moga Allah makbulkan hajat kita semua :)

Tuesday, 28 March 2017

Yong Jejak Korea : Jeju-Do ( Part III )

Assalamualaikum

Sooo sorry sebab terdrag lama sangat untuk part iii ni. Aku keje sementara and bersambung pulak dengan kenduri. Jadinya tersangat la busy ditambah dengan keletihan amat untuk spend time menaip ni. Okayy ni last part untuk trip kitorang kat Jeju. Aku pun tak sabar nak habiskan part ni cecepat sebab nak cerita yang pasal kat seoul pulak. Bersabar eh!

DAY 4 ( 19 OCTOBER 2016 )

Ni last day kitorang berjalan kat Jeju. Sedih la pulak sebab banyak lagi tempat yang diplan tak sempat explore. Masa ni kitorang siap awal pagi sangat tak seperti selalu. Baguih naw bangun awal. Lepas solat subuh terus iron baju sesiap. Then pecah siapa yang siap dulu pi buat breakfast. Macam biasalah kitorang breakfast dalam kereta. Pagi ni kitorang pergi tempat paling dekat dengan GH kitorang. Dalam 15 minit dah sampai sana. Disebabkan ada adegan tertinggal barang dan kena patah balik. So jadi la setengah jam. Ahahaha!

SIXTH PLACE : JEONGBANG WATERFALL

Sampai sana memang sejuk sangat. Maybe sebab awal pagi lagi kut. Dekat entrance tu ada la orang jual-jual coklat hallabong yang berkotak-kotak tu. Pastu jus hallabong yang pure tu. Part paling best bila dapat makan tester coklat-coklat. Heaven la. Benda free gile tak heaven. Penjual-penjual lagi la eksited tengok visitors pergi gerai depa.

Entrance fee   :  2,000 won ( seorang )

Ni view dari atas. So kena turun tangga baru dapat tengok view kat bawah. Aku ni dari atas dah rasa nak terbang terus bila tengok air terjun tu. Macam la kat negara kita tak ada kan. Tapi entah la feel kat sini lain betul. Tak dengar lagi bunyi air terjun jatuh tu macam mana. Nyaman sangat rasanya. Rasa tak nak balik pun ada. MashaAllah!


 Hakak fefeling la sikit depan air terjun. Sebenarnya tu sambil menahan tempias air yang jatuh. Kat sini memang sejukkkk.



 Kat bawah ni ada ahjumma yang jual sotong dan abalone mentah. Kiranya makan mentah-mentah dengan sos la. Ikutkan hati teringin nak pergi rasa. Tapi disebabkan dah panjat tangga nak balik. Jadinya perhati orang makan dari atas je la mampu. Menjejes ayeq liuq tengok depa makan!

Eh lupa nak cakap yang masa tu kitorang pakai baju kurung. Ni kitorang dah decide awal nak pakai baju kurung masa kat Korea. Nah ayu hakak2 ko tau! Ayu2 jugak tapi mengengkang jugak la nak langkah batu tu satu-satu. Nasib baik pakai sport shoes.

Awalnya kitorang 4 ketul je duk posing amik gambar kat situ. Tak lama lepas tu ada satu family datang. Tak lama lepas tu pulak ada sebuah bas budak kolej pulak yang datang. Makanya kitorang slow2 gerak la sebab rasa macam dah padat sangat kat sana. Kat sini sempat jugaklah kitorang beli keychain dan souvenir2 lain. Ye la sebab esoknya dah nak gerak g seoul. Takut tak sempat nak beli ole2 dari jeju. Apa yang dah jumpa waktu tu terus je beli. Okay la harganya. Dalam 10,000 won dapat la banyak keychain. Berbaloi la kan sebagai kenangan. Konsep kitorang membeli satu je. Dalam kepala ni jangan sibuk nak tukarkan dalam ringgit malaysia. Alamatnya tak de mood la nak membeli hokay. Hahaha!

SEVENTH PLACE   : PLAY KPOP

Fantastic baby! Haaaa gitu akak punya lagu kpop kuar. Nak cakap rasa eksited sangat pun tak jugak. Tapi sebelum ni pernah la dengar and tengok pasal play kpop ni. Cumanya tu la bila ko bukan kpoppers tapi ko datang kat tempat yang hanya fans kpop je faham, Tahu tak macam mana perasaannya? Hahahaha. Nasib baik la first grup kpop yang aku tahu tu Bigbang. Dan mujur jugak play kpop ni untuk fans bigbang dan apa entah lagi satu grup. Haha. Nampak tak aku bukan fan kpop tegar. Nampak?

Entrance fee   : 10,500 won / person ( supposely 15,000 won tapi coz of used discount coupon dlm pamplet yang aku mention sebelum ni kat entry first step ke korea)

Haa tu diaa bangunannya

Ni kat pintu masuk. Sebelah tu kaunter tiket. Lepas bayar entrance fee kita akan diberi satu kad yang boleh akses setiap permainan/apps kat situ. Pendek kata dengan kad tu kau boleh buat apa saja.

Akak buat muka acah2 je tu sebab nak bergambor kan. Haha.

Sweet tak akak. Kalau akak berdiri belakang sikit mesti sama tinggi kan?

Pandang depan, please. Me melting here.




Saranghae oppa! *muntahijo*




Jangan tanya kenapa banyak gambar GD and TOP. Dah aku memang pandang depa je start dari masuk situ sampai la keluar. Parah kan? Oke aku tahu!

 Ni kat bahagian luar. Aku keluar amik angin luar lepas berejam duk dalam tu. Naik rimas pun ada. Banyak songel tul. Tapi sebenarnya waktu tu aku dah lalok kelaporan. Rasa macam nak pitam dah.

Mesti korang tahu pasal HOLO LIVE group tu kan. Yes kat sini ada jugak. Cumanya aku tak masuk la. Kan aku dah lalok. Kalau aku masuk mahunya pening termuntah aku kat situ. So aku rehat kat kafe melayan wifi dengan kawan aku lagi seorang sementara menunggu kawan aku yang dua orang lagi tu berhibur kat dalam. Bila depa kuar memasing muka takleh nak cerita. Pening depa kata duk dalam. Kebetulan masa tu rombongan budak2 kolej ada jugak. Tahu2 je la kan kalau orang korea punya tahap fans dia macam mana. Jerit2 oppa saranghae. Jerit lagi dan lagi. Walaupun hanya sekadar hologram. Sebagai pengalaman and ada cerita la kat orang kampung nanti korang masuk la ye. hahahaha. Not bad okay. Mana tahu korang suka! Aku kalau tak disebabkan dah tade mood masa tu tambah dengan pening lalat sah2 aku join depa sekali.

Conclusionnya, kalau korang memang peminat tegar bigbang group. Memang korang akan terhibur la kat sini. Tambah2 kalau korang hafal lagu2 bigbang ke atau ada la jugak artis lain. Mesti rasa tak nak keluar dah. Sebab kat sini siap boleh fefeling rakam lagu bersama depa. Haaaa bila lagi nak merasa. Part paling aku suka bila dapat bergambar dengan retis korea ler. Walaupun holo je tapi rasa real betul. Sampai rasa gigil bila GD duk sebelah siap baring atas riba iols. Ketaq lutut mak oiii. hahaha. Nanti gi sana snap gambau banyak2 tau. Pandai2 la cari angle guna phone sendiri sebab kalau nak print yg kat sana. Wajib la berbayor!

EIGHTTH PLACE : JUSANGJEOLLI CLIFF

Kat sini kitorang tak masuk dalam pun. Just berlegar2 kat tempat orang jual makanan je. Beli makanan untuk dapatkan tenaga dan mood kembali. Bila salah seorang tak nak masuk jadi semua tak jadi masuk. So kitorang amik angin kat luar sambil menikmati aiskrim dan memerhatikan rombongan budak2 sekolah. Kat semua tempat kitorang pergi mesti ada budak sekolah. Naik pelik aku. 

Kecantikan kat dalam ni aku tak boleh cerita la sebab aku tak tengok sendiri dengan mata kepala ni. Sekadar tengok orang share kat ig je la. Masuk okay supaya tak menyesal.

Entrance fee   : 2,000 won (seorang ) *kalau x silap la sebab tgk tengok dr jauh*


Nampak tak ahjumma sebelah kitorang tu? Haaaa ahjumma tu sebenarnya nak bergambaq sekali. Iyee betulll...


Ni lah orangnya yang incharge perjalanan kat Jeju ni. Dari mula sampai la hari terakhir kat Jeju. Tenkiu Hawa :)

Lepas baca review orang2 yang datang sini terus rasa menyesal pulak tak masuk dalam. Iya lah baca time kitorang dah balik kan. Terus rasa nak meroyan. Alahai. Tak apa la. Tapi kitorang jadi tumpuan gak la kat sana sebab pakai baju kurung kan. Ada je yang macam nak tegur and bergambar dengan kitorang tapi depa tak terberitahu. Jadinya depa duk perhati je dari jauh.

Sampai aje kat GH terus terbungkang memasing keletihan. Rehat untuk recharge sebab malam tu kitorang nak kuar pulak ke Olle Market. Nak jalan2 sampai puas lepas tu nak beli barang2 kat sana la sikit. Sorry sebab aku tak sempat nak snap gambar. Tapi market ni macam popular gak la. Nanti google tau. Kat sana aku senyum lebaq bila dapat beli rempah nak buat kimchi tu sebab memang dah lama aku nak beli siap hari tu nak kirim dengan kawan aku yang pi korea. Ni dah alang-alang aku kat sini. Terus beli la. Sini beli pakai kilo. Pasar kan! Pastu kitorang memasing borong berkotak coklat dari jeju yang bermacam perisa. Masa tu banyak gak la duk promosi lelong melelong. Tapi disebabkan kitorang tak faham apa yang depa cakap. Kitorang perhati dan bandingkan satu kedai satu ekdai. Hat penting murah jah. Lagipun yang ni je yang kitorang rasa senang nak angkut dan halal inshaaAllah.

coklat berperisa (4 kotak) : 5,000 won
rempah kimchi (1/2 kg)   : 13,000 won 

Kat bawah ni aku listkan tempat2 dalam plan yang kitorang tak sempat pergi. Sedih kut tak dapat explore tempat2 tu. Credit pic from abg google la.

Cheonjiyeon waterfall

Waljeongri beach

Yeongyeon Bridge 
(dlm plan mmg nak g malam pun.. tapi tu la hmmmm)

Yongduam Rock

Oedolgae

Seongsan Ilchulbong Peak
( ni la view yg aku cakap macam semut tu kalau tengok dari bawah )

Seosokkak Estuary

Jeju Olle Trail


Kalau korang jenis yang suka nature memang Jeju lah tempatnya. Cheewahhh! Geng bujang yang suka travel boleh la ye masukkan dalam list travel. Aku pun nak pergi lagi sekali. Tak puas kut! Haaa nak mai honeymoon pun okay. Tempat cam ginim memang best. Tenang. Nyaman sambil menikmati alam. View tak payah habaq la. Dah nampak kan macam mana. Bila banyak bermusafir ni akan banyak rasa syukur dan kagum dengan keagungan dan ciptaan Allah. Jadi bermusafirlah!

Ni link if tertinggal cerita2 aku 


Enjoy reading guys!

Tuesday, 3 January 2017

Yong Jejak Korea : JEJU-DO ( PART II )

Assalamualaikum

Aku rasa marathon dah nak update setiap hari. Tak apalah sementara aku masih free sambil tanam anggur ni. Maka aku akan menulis lagi untuk korangg. hehe. Sebenarnya dalam tentatif kitorang banyak lagi tempat yang nak pergi tapi disebabkan kengkangan masa, jarak, bajet dan kelaratan badan jadi apa yang aku share kat sini itu aje lah tempat yang kami sempat pergi. Perancangan awal kitorang kena pilih nak pergi Jeju atau Busan. Tapi disebabkan seminggu sebelum tu Busan dilanda tsunami. Kitorang pun pilih la Jeju sebab tak nak amik risiko dan adalah sebab2 lain lagi. Jeju adalah sebuah pulau yang besar dan banyak sangat tempat menarik dan awesome. InshaaAllah kalau ada rezeki aku nak datang lagi sini. 

DAY 3 ( 18 OCTOBER 2016 )

Rasa nak tergelak pulak bila teringat masa ni sebab semua dah set alarm awal nak bangun sebelum subuh. Nak panjat bukit tengok sunrise kat Seogsan Ilichubong hajatnya. Tapi semuanya berkubur sebab dah terbangun lambat. haha. Bangun2 je pandang satu sama lain dan gelak kat diri sendiri. Kalau ikutkan boleh aje nak pergi tapi semua takut panas masa time mendaki. Strong sangat alasan tu! Jadinya cancel. Tapi korang pergilah sana. Memang ramai yang pergi sana. Dari atas korang boleh tengok overall view Jeju. Pandangan dari bawah orang ramai dah macam semut berarak naik atas waktu aku tengok kelmarinnya. Then kitorang pun tukar plan.

THIRD PLACE  :  KIMNYOUNG MAZE PARK

Datang kat sini macam tak boleh bayang awalnya macam mana. Amenda la maze park ni sebab entrance tu macam biasa je. Nampak pulak kucing2 gemuk yang tengah lelepak tido waktu sejuk macam tu kat situ. Lagilah confuse. Taman kucing ke? Kalau penggemar kucing korang akan eksited la tengok kucing yang jinak2 kat sana. Tapi kalau jenis yang tak macam aku ni memang muka ada-aku-kisah la citer dia. Waktu ni kitorang antara yang terawal datang. Tak ramai lagi orang kat dalam. Bila dah masuk dalam tergamam! Nampak hijoo je. Terus terbayang cerita Barbie yang jadi princess pastu main hide-and-seek kat taman maze depan istana tu dengan prince hensem. Pernah tengok tak episod tu? haha.
  • Entrance fee Maze Park   :  3,300 won (seorang)

First view buat akak gamam! 

Kena naik atas jambatan tu dulu baru dapat tengok view dari atas. Sejuk aje mata pandang! Kalau aku duk kat celah2 pokok ni memang kompem tak jumpa la.

Harus la wefiaq!

 Akak tengah pikir ni nak masuk ke tak. Takut hilang!

 Entrance


Masa beli tiket tu dia akan beri satu peta dan dalam peta tu ada checkpoint yang perlu dicop sebagai bukti kita sampai kat box merah checkpoint tu. Macam ala2 explorace la. Tak la masuk gitu je tak ada pengembaraan. Boleh pening weh duk dalam tu lelama tapi seronok la jugak nak cari jalan keluar. Pandang kiri pokok eh pandang kanan pokok jalan depan lagi blok patah balik eh jalan sama eh dah jalan keluar eh tak puas lagi masuk balik. Gitu la seronoknya! haha.

 Haaa macam ni la tempat checkpointnyer. Ada dalam 6 box. Pepandai la cari.


Muka akak2 fefeling lelebih. 

 

Time nak balik tu rombongan budak2 tadika dan sekolah rendah pulak yang datang. Berlari2 kat dalam tu sampai aku dah bertambah pening dengan diorang. Malas nak tunggu lama aku pun stay kat atas jambatan dan jalan2 kat luar tu. Take the moments la! 

Next plan nak pergi Mysterious Road sebab dah satu laluan aje kat situ. Aku overexcited nak pergi yang ni. Nak merasai sendiri kebenaran tu. Tau kan mysterious road tempat yang katanya tak ada graviti. Yang kereta kau akan bergerak sendiri naik jalan berbukit even kau tak tekan minyak. Kiranya matikan enjin la. Misteri tuuuuu. Tapi bila dah calculate kilometer dan masa macam take time sebab jauh sikit. Cancel lagi!

FORTH PLACE  :  MAJANGGUL LAVA CAVE

Tempat ni tak ada dalam plan. But yang ni paling dekat dari Maze Park dalam 500 meter je. So kitorang pergi tanpa tahu apa keistimewaan tempat ni. Kat sini tak ramai orang sangat. Mungkin awal lagi. Tempat best sangat sebab kat dalam cave tu sejuk ya amat. Suasana dia macam salji plus hujan. Sejukkk sampai berair2 hidung aku. Siap main tiup2 asap lagi. Tu pun sipi2 je keluar. hehe. Kat dalam tu berlecak sikit la sebab air2 dari dalam gua tu. Istimewanya gua ni adalah terhasil daripada lava gunung berapi. Struktur jalan kat dalam pun tak rata. Yang ni lebih yang tu kurang. Kalau tak tengok betul2 boleh tersadung sebab gelap. Hanya ada lampu kat beberapa tempat. Tu pun samar2. Ekstrem la sikit nak melangkah tu!
  • Entrance fee lava cave   :  2,000 won ( seorang )
 

Tangga yang curam untuk turun ke dalam gua. Sampai aje bawah nampak simbolik gunung berapi ni. Sepanjang jalan tu ada la papan sejarah yang menceritakan bagaimana kewujudan gua ni. Sekeliling dalam gua tu pulak memang mashaAllah nice sangat. Ditambah pulak dengan pancaran lampu jadi kan iya nampak lagi cantik. Cantik lagi!

 Sampai sekarang kat dinding gua ni still ada kesan lava. Dah bertahun!

 Sampai perlukan lighting tambahan.

Jauh woo jalan kat dalam ni. Kat korea memang kena banyak berjalan la weh. Haaa yang ni second last part dalam gua tu. Jalan kat depan tu sikit lagi dan jalan mati. Sini la jugak part jalan paling okay sikit dan terang. Lapang aje!


 Lepas keluar gua je terus pi minum fresh water kat batu ni. memang fresh!

Next ?

FIFTH PLACE   :  SANGUMBORI

Huwaa kat sini tempat paling mahal entrance fee daripada semua tempat yang kitorang pergi kat Jeju. Dah sampai kat pintu masuk dah pun tapi berkira lagi nak masuk ke tak. Nak beli tiket ke tak. Boleh lagi tu! Dah la nak ke sini sesat ke rumah kebajikan mana entah dikk oiii. Disebabkan nak tengok view lalang yang sangat cantik dan 'macam tempat wajib datang' tu maka kitorang pejam mata aje la hulur duit tu. Kalau tak cantik seperti dikhabarkan siap kau!

  • Entrance fee Sangumbori  :  6,000 won ( seorang )

Entrance



 Serious view amat sangat cantik. Patut lah mahal. Dah rasa nak buat drama Bollywood kat sini. Patut datang sini hokay!


 Kalau tengok dari atas bebetul sebenarnya kat sini bentuk berkawah. Aku sendiri tak perasan memula.



 Sini memang besar gila. Tak terjangkau dah nak melangkah ke sana. Setakat yang mampu sudah.
Batu ni macam satu lambang la kat Jeju. Bersepah kat merata tempat ada dia. 


Ni dah otw balik dah pastu nampak pokok2 ni kat tepi jalan. Macam cool je nak amik gambar. Terus singgah tepi semata nak bergambar.

Eh lupa nak share pic kereta sewa kitorang. Sengaja pilih yang besar senang nak muat luggage. Dalam pun selesa. Pilih lah kereta yang sesuai dengan harga dan selesa dengan korang ye.


Lupa pulak nak cakap yang hari ketiga ni jugaklah kitorang terus bergerak ke GH baru after balik dari Sangumbori. Kodak Kodak Guesthouse kat Seogwipo. hehe. Comel kan nama GH ni. GH ni pun aku rasa okay jugak. Bilik besar dan selesa. Katil double decker. Disediakan tv, mini peti sejuk dan aircond dalam bilik. Toilet pun bersih siap ada sabun shampoo tuala lagi. Washing machine ada. Iron pun ada (kena mintak dengan owner). Wifi pun lajuuuu. Cuma dapur je la sempit sikit. Boleh muat 5 atau 6 orang je. Owner pun baik walaupun muka nampak macam gengster. haha. Kalau tanya jalan dia bagitahu sampai kitorang faham. Tapi so far okay laaa. Puas hati jugak lah.
  • Kos Kodak Kodak GH   :  RM 103 per person ( 2 nights ) 
Gambar2 kat bawah ni aku amik kat pakcik Google sebab aku lupa nak snap. Tapi sama jer seperti yang kitorang book!


 Bilik selesa dan luas


Mostly kat GH memang disediakan sabun dan shampoo. So tak payah risau kalau tak bawak ke tertinggal ke apa.

 Dapur. Pagi2 diorang akan sediakan roti dengan butter. Kalau nak bakar boleh buat sendiri sebab kat dapur ada toast. Microwave pun hadooo.

 washing machine ada kat tingkat bawah. Kalau nak guna sabun basuh kat situ kena bayar kalau tak silap.

Tempat lepak kitorang sebab dapat kopi free. Kopi sedap giler. Mmmpphhhh!

GH ni dekat dengan Olle market. Malam tu kitorang pergi cari makan malam kat sana lah. See tak masak pun! Badan dah penat tak adanya nak pikir pasal masak. Kat market ni banyak barang basah macam seafood tu semua. Hokay kitorang datang sini aim nak cari topokki, odeng (fishcake) dan kimbap je malam tu. Dah lapar sangat dan dalam kepala otak ni dah bayangkan macam2 mkanan dari GH lagi. Cerah biji mata bila jumpaa. Haa nak ingatkan ni kalau korang nak beli kimbap pastikan beli yang tak ada daging. Tanya penjual tu dulu ada daging tak kat dalam. Kan termakan yang tak sepatutnya pulak. Kitorang dah mintak kimbap yang sayur aje tapi ahjumma terbagi jugak yang ada meat. Maybe dia tak faham apa yang kitorang bagitahu tu kut. So kimbap tu terus masuk bakul sampah la sebab smpai GH baru perasan yang ada daging. Nasi pulak kitorang beli kat kedai serbaneka G25 je lepas tu mintak tolong cashier panaskan guna microwave kat situ. Maka berdinner lah kitorang dengan hati yang gembira dan puas!

Before leave from Hostel Lyndon pagi tu.

Jangan penat baca lagi tau.. ada satu hari lagi aku nak story tempat kat Jeju. Dah tak boleh nak story dalam entry ni. Rasa dah terlalu panjang dah ni. Takut bosan. hehe. Stay tune untuk last day kat Jeju.

Ni link if tertinggal cerita2 aku 

Enjoy reading guys!