Monday 31 December 2018

2018 and Stories

Assalamualaikum

My first post for 2018 at the end of 2018. Lol. Last post aku Mac 2017 pasal travel kat Jeju. Aku rasa macam dah tak ada mood nak sambung post trip kat Seoul pulak. Dah lupa dah ni. Nak share pun ingat2 lupa. Lagipun aku don't have much time to spend on writing here even i'm really miss it. Atau lebih tepat aku malas and no idea what to share here. Nak bukak lappy ni dia punya berkira macam2 hahahaha. Let's talk about 2018.. terlalu banyak kisah yang Allah hadiahkan untuk aku pada tahun ni. Ada suka ada duka. Suka untuk pengalaman baru. Ditemukan dengan orang2 yang baru. Duka yang aku sendiri tak sangka dan terfikir. Yaa aku akan share serba ringkas dalam post ni.

Actually at September 2017 aku dah dapat kerja area Terengganu ni. Alhamdulillah Allah makbulkan salah satu doa aku yang nak stay Terengganu for sake of my parents. Hadiah ni yang buat aku teramat bersyukur sebab daripada ini lah Allah bagi aku merasai peluang2 yang lain.  Tipulah cakap kalau masa first start kerja tu aku tak bimbang apa2. Nak adapt dengan opismate lah yang paling aku bimbangkan. Maklumlah aku ni bukan jenis yang ramah sangat. But thanks Allah aku diberi opismate yang sangat baik sampai aku dapat adapt dengan diorang terlalu cepat. Hehe. Bidang kerja aku memerlukan aku untuk berhadapan dengan macam2 orang. Perlu sangat sangat sabar dari segi attitude and manners. Betullah kata orang bila kita jumpa ramai orang kita akan dapat macam2 pengalaman. Yes memang dapat especially how to handle people. Kadang2 terkejut bila tengok diri sendiri sesabar itu. Sedar2 tak sedar dah setahun lebih aku kerja kat sini.

Mac 2018. Unplanned trip to JogJakarta with my dear darlings. Sungguh! Sangat2 tak plan sebab bila masing2 duk meroyan cakap nak vacay nak vacay. Stress la apa la. Mula2 nak vacay dalam negara je tapi entah macam mana dapat cari tiket murah kat sana pulak. And finally dapat tiket murah betul sekali dengan hotel 4 bintang. Thanks to my darlings yang memahami sebab aku tak dapat tolong banyak untuk plan trip ni. Masa tu level busy aku terlalu tak boleh cerita. Kali ni travel pakai ejen sebab terlalu sibuk untuk plan backpackers. Kiranya nak pi sana nak rehat jah. Nak orang bawakkan dan plan kan itineary untuk kitorang. Salah satu sebabnya adalah i got too stress at that time and tak sihat sangat. Mula2 macam tanak join dah tapi umi cakap pergilah sebab nak aku dapat semangat baru bila tengok negara orang. Hahahaha. Yes balik tu aku macam bawak semangat baru. Bila kat sana pening2 and stress aku semua hilang. Lol nak vacay sangat la tu. Travel yang ni nanti aku share kat post lain tau.

June 2018. Yaa ini berita duka yang paling susah aku nak terima. Terlalu banyak masa aku perlukan untuk terima kenyataan ni. Sampai sekarang aku masih tak kuat. 20 June 2018. Ayoh (atuk) insan kesayangan kami satu family telah dijemput ilahi. Tak pernah terlintas ayoh dijemput secepat ini. Dalam keadaan kami yang cukup tak bersedia. Yang masih mengharapkan ayoh dalam segalanya. Yang menginginkan ayoh sentiasa ada untuk kami. Kami seakan patah sebelah sayap. Masih terkapai-kapai supaya kuat untuk terbang. Dalam diam mengesat air mata sendiri.  Bercakap tentang rindu.. tak pernah sehari rasa rindu ini pergi sebab setiap pelusuk rumah aku ada kenangan bersama dia. Kadang2 bila aku terjumpa pakcik2 sebaya ayoh yang berpakaian seperti kebiasaan ayoh.. air mata bergenang tanpa sedar. Aku merasakan seperti dia masih ada. Aku rindu dia Ya Tuhan.

November 2018. Kami terpaksa menerima khabar duka sekali lagi. Hakikatnya aku belum bersedia tapi aku terpaksa menelan takdir ini dengan redho. Luka ayoh yang pergi 5 bulan lalu masih belum cukup sembuh. 29 November 2018. Giliran mok (nenek) dijemput ilahi. Siapa kita untuk menghalang semuanya. Allah menguji kami sekeluarga dengan kehilangan mereka. Insan2 yang bagaikan sayap keluarga. Kami patah kedua belah sayap pada tahun yang sama. Setelah ayoh pergi.. mok lah penguat kami. Aku akan cuba mengisi kesunyian mok bila dia sendiri walaupun aku tahu rindu dia pada kekasih hatinya tak pernah diluah dengan kata2 di depan kami. Aku tahu dia rindu. Setiap malam aku akan melayan setiap cerita2 dia. Pasal ayoh. Pasal anak cucu. Pasal kisah lama dia. Aku akan setia mendengar. Apabila aku mimpikan ayoh.. aku akan ceritakan pada dia. Dia mendengar dengan bersungguh. Katanya dia tak pernah mimpikan ayoh. Ya aku tahu dia rindu.

Sungguh aku tak sangka terpaksa melepaskan dia. Berat sungguh hati ini. Allah bagi aku peluang untuk menemani dia pada malam sebelum dia pergi. Dan aku orang pertama yang mendengar khabaran duka ini dari doktor. Hampir luruh jantung ni. Allahu.... Allah terlalu baik untuk aku. Dia berikan aku peluang untuk sempat bersama ayoh dan mok di saat2 penghujung hayat mereka. Sampai sekarang aku masih menahan rasa. Dan aku tau bukan aku sorang yang rasa. Kami semua merasai kerinduan itu. Kelukaan itu. Tak pernah tersangka tahun ini adalah tahun terakhir kami satu keluarga beraya bersama ayoh dan mok. 

Ayoh dan mok.. mereka pergi pada tahun yang sama. Pada jarak yang singkat untuk mereka berenggang. Dan Allah memanggil mereka pulang pada jarak masa yang dekat. Hakikatnya pada hayat mereka.. mereka tak pernah berenggang. Aku akan coretkan kisah manis mereka pada post yang lain.

Setakat ni je kisah 2018 aku. Sebenarnya banyak lagi. Tapi ni je lah yang bagi impak yang besar dalam hidup aku. Kenapa aku katakan ini semua hadiah. Sebab daripada sini lah aku belajar apa itu Sabar Redho Syukur. Setiap apa yang Allah berikan itu semua ada hikmahnya. Salah satu jawapan untuk doa2 kita. Alhamdulillah untuk semuanya. Tahun depan dah makin bertambah umur. Harap makin matang, sentiasa sihat walafiat, dimurahkan rezeki, diberkati umur, ditemukan dengan orang2 yang baik dan sentiasa melakukan perkara2 yang lebih baik.

 Dan macam biasalah bila masuk tahun baru apa azam/ impian/ plan korang untuk Tahun 2019.


Moga Allah makbulkan hajat kita semua :)