Tuesday 3 January 2017

Yong Jejak Korea : JEJU-DO ( PART II )

Assalamualaikum

Aku rasa marathon dah nak update setiap hari. Tak apalah sementara aku masih free sambil tanam anggur ni. Maka aku akan menulis lagi untuk korangg. hehe. Sebenarnya dalam tentatif kitorang banyak lagi tempat yang nak pergi tapi disebabkan kengkangan masa, jarak, bajet dan kelaratan badan jadi apa yang aku share kat sini itu aje lah tempat yang kami sempat pergi. Perancangan awal kitorang kena pilih nak pergi Jeju atau Busan. Tapi disebabkan seminggu sebelum tu Busan dilanda tsunami. Kitorang pun pilih la Jeju sebab tak nak amik risiko dan adalah sebab2 lain lagi. Jeju adalah sebuah pulau yang besar dan banyak sangat tempat menarik dan awesome. InshaaAllah kalau ada rezeki aku nak datang lagi sini. 

DAY 3 ( 18 OCTOBER 2016 )

Rasa nak tergelak pulak bila teringat masa ni sebab semua dah set alarm awal nak bangun sebelum subuh. Nak panjat bukit tengok sunrise kat Seogsan Ilichubong hajatnya. Tapi semuanya berkubur sebab dah terbangun lambat. haha. Bangun2 je pandang satu sama lain dan gelak kat diri sendiri. Kalau ikutkan boleh aje nak pergi tapi semua takut panas masa time mendaki. Strong sangat alasan tu! Jadinya cancel. Tapi korang pergilah sana. Memang ramai yang pergi sana. Dari atas korang boleh tengok overall view Jeju. Pandangan dari bawah orang ramai dah macam semut berarak naik atas waktu aku tengok kelmarinnya. Then kitorang pun tukar plan.

THIRD PLACE  :  KIMNYOUNG MAZE PARK

Datang kat sini macam tak boleh bayang awalnya macam mana. Amenda la maze park ni sebab entrance tu macam biasa je. Nampak pulak kucing2 gemuk yang tengah lelepak tido waktu sejuk macam tu kat situ. Lagilah confuse. Taman kucing ke? Kalau penggemar kucing korang akan eksited la tengok kucing yang jinak2 kat sana. Tapi kalau jenis yang tak macam aku ni memang muka ada-aku-kisah la citer dia. Waktu ni kitorang antara yang terawal datang. Tak ramai lagi orang kat dalam. Bila dah masuk dalam tergamam! Nampak hijoo je. Terus terbayang cerita Barbie yang jadi princess pastu main hide-and-seek kat taman maze depan istana tu dengan prince hensem. Pernah tengok tak episod tu? haha.
  • Entrance fee Maze Park   :  3,300 won (seorang)

First view buat akak gamam! 

Kena naik atas jambatan tu dulu baru dapat tengok view dari atas. Sejuk aje mata pandang! Kalau aku duk kat celah2 pokok ni memang kompem tak jumpa la.

Harus la wefiaq!

 Akak tengah pikir ni nak masuk ke tak. Takut hilang!

 Entrance


Masa beli tiket tu dia akan beri satu peta dan dalam peta tu ada checkpoint yang perlu dicop sebagai bukti kita sampai kat box merah checkpoint tu. Macam ala2 explorace la. Tak la masuk gitu je tak ada pengembaraan. Boleh pening weh duk dalam tu lelama tapi seronok la jugak nak cari jalan keluar. Pandang kiri pokok eh pandang kanan pokok jalan depan lagi blok patah balik eh jalan sama eh dah jalan keluar eh tak puas lagi masuk balik. Gitu la seronoknya! haha.

 Haaa macam ni la tempat checkpointnyer. Ada dalam 6 box. Pepandai la cari.


Muka akak2 fefeling lelebih. 

 

Time nak balik tu rombongan budak2 tadika dan sekolah rendah pulak yang datang. Berlari2 kat dalam tu sampai aku dah bertambah pening dengan diorang. Malas nak tunggu lama aku pun stay kat atas jambatan dan jalan2 kat luar tu. Take the moments la! 

Next plan nak pergi Mysterious Road sebab dah satu laluan aje kat situ. Aku overexcited nak pergi yang ni. Nak merasai sendiri kebenaran tu. Tau kan mysterious road tempat yang katanya tak ada graviti. Yang kereta kau akan bergerak sendiri naik jalan berbukit even kau tak tekan minyak. Kiranya matikan enjin la. Misteri tuuuuu. Tapi bila dah calculate kilometer dan masa macam take time sebab jauh sikit. Cancel lagi!

FORTH PLACE  :  MAJANGGUL LAVA CAVE

Tempat ni tak ada dalam plan. But yang ni paling dekat dari Maze Park dalam 500 meter je. So kitorang pergi tanpa tahu apa keistimewaan tempat ni. Kat sini tak ramai orang sangat. Mungkin awal lagi. Tempat best sangat sebab kat dalam cave tu sejuk ya amat. Suasana dia macam salji plus hujan. Sejukkk sampai berair2 hidung aku. Siap main tiup2 asap lagi. Tu pun sipi2 je keluar. hehe. Kat dalam tu berlecak sikit la sebab air2 dari dalam gua tu. Istimewanya gua ni adalah terhasil daripada lava gunung berapi. Struktur jalan kat dalam pun tak rata. Yang ni lebih yang tu kurang. Kalau tak tengok betul2 boleh tersadung sebab gelap. Hanya ada lampu kat beberapa tempat. Tu pun samar2. Ekstrem la sikit nak melangkah tu!
  • Entrance fee lava cave   :  2,000 won ( seorang )
 

Tangga yang curam untuk turun ke dalam gua. Sampai aje bawah nampak simbolik gunung berapi ni. Sepanjang jalan tu ada la papan sejarah yang menceritakan bagaimana kewujudan gua ni. Sekeliling dalam gua tu pulak memang mashaAllah nice sangat. Ditambah pulak dengan pancaran lampu jadi kan iya nampak lagi cantik. Cantik lagi!

 Sampai sekarang kat dinding gua ni still ada kesan lava. Dah bertahun!

 Sampai perlukan lighting tambahan.

Jauh woo jalan kat dalam ni. Kat korea memang kena banyak berjalan la weh. Haaa yang ni second last part dalam gua tu. Jalan kat depan tu sikit lagi dan jalan mati. Sini la jugak part jalan paling okay sikit dan terang. Lapang aje!


 Lepas keluar gua je terus pi minum fresh water kat batu ni. memang fresh!

Next ?

FIFTH PLACE   :  SANGUMBORI

Huwaa kat sini tempat paling mahal entrance fee daripada semua tempat yang kitorang pergi kat Jeju. Dah sampai kat pintu masuk dah pun tapi berkira lagi nak masuk ke tak. Nak beli tiket ke tak. Boleh lagi tu! Dah la nak ke sini sesat ke rumah kebajikan mana entah dikk oiii. Disebabkan nak tengok view lalang yang sangat cantik dan 'macam tempat wajib datang' tu maka kitorang pejam mata aje la hulur duit tu. Kalau tak cantik seperti dikhabarkan siap kau!

  • Entrance fee Sangumbori  :  6,000 won ( seorang )

Entrance



 Serious view amat sangat cantik. Patut lah mahal. Dah rasa nak buat drama Bollywood kat sini. Patut datang sini hokay!


 Kalau tengok dari atas bebetul sebenarnya kat sini bentuk berkawah. Aku sendiri tak perasan memula.



 Sini memang besar gila. Tak terjangkau dah nak melangkah ke sana. Setakat yang mampu sudah.
Batu ni macam satu lambang la kat Jeju. Bersepah kat merata tempat ada dia. 


Ni dah otw balik dah pastu nampak pokok2 ni kat tepi jalan. Macam cool je nak amik gambar. Terus singgah tepi semata nak bergambar.

Eh lupa nak share pic kereta sewa kitorang. Sengaja pilih yang besar senang nak muat luggage. Dalam pun selesa. Pilih lah kereta yang sesuai dengan harga dan selesa dengan korang ye.


Lupa pulak nak cakap yang hari ketiga ni jugaklah kitorang terus bergerak ke GH baru after balik dari Sangumbori. Kodak Kodak Guesthouse kat Seogwipo. hehe. Comel kan nama GH ni. GH ni pun aku rasa okay jugak. Bilik besar dan selesa. Katil double decker. Disediakan tv, mini peti sejuk dan aircond dalam bilik. Toilet pun bersih siap ada sabun shampoo tuala lagi. Washing machine ada. Iron pun ada (kena mintak dengan owner). Wifi pun lajuuuu. Cuma dapur je la sempit sikit. Boleh muat 5 atau 6 orang je. Owner pun baik walaupun muka nampak macam gengster. haha. Kalau tanya jalan dia bagitahu sampai kitorang faham. Tapi so far okay laaa. Puas hati jugak lah.
  • Kos Kodak Kodak GH   :  RM 103 per person ( 2 nights ) 
Gambar2 kat bawah ni aku amik kat pakcik Google sebab aku lupa nak snap. Tapi sama jer seperti yang kitorang book!


 Bilik selesa dan luas


Mostly kat GH memang disediakan sabun dan shampoo. So tak payah risau kalau tak bawak ke tertinggal ke apa.

 Dapur. Pagi2 diorang akan sediakan roti dengan butter. Kalau nak bakar boleh buat sendiri sebab kat dapur ada toast. Microwave pun hadooo.

 washing machine ada kat tingkat bawah. Kalau nak guna sabun basuh kat situ kena bayar kalau tak silap.

Tempat lepak kitorang sebab dapat kopi free. Kopi sedap giler. Mmmpphhhh!

GH ni dekat dengan Olle market. Malam tu kitorang pergi cari makan malam kat sana lah. See tak masak pun! Badan dah penat tak adanya nak pikir pasal masak. Kat market ni banyak barang basah macam seafood tu semua. Hokay kitorang datang sini aim nak cari topokki, odeng (fishcake) dan kimbap je malam tu. Dah lapar sangat dan dalam kepala otak ni dah bayangkan macam2 mkanan dari GH lagi. Cerah biji mata bila jumpaa. Haa nak ingatkan ni kalau korang nak beli kimbap pastikan beli yang tak ada daging. Tanya penjual tu dulu ada daging tak kat dalam. Kan termakan yang tak sepatutnya pulak. Kitorang dah mintak kimbap yang sayur aje tapi ahjumma terbagi jugak yang ada meat. Maybe dia tak faham apa yang kitorang bagitahu tu kut. So kimbap tu terus masuk bakul sampah la sebab smpai GH baru perasan yang ada daging. Nasi pulak kitorang beli kat kedai serbaneka G25 je lepas tu mintak tolong cashier panaskan guna microwave kat situ. Maka berdinner lah kitorang dengan hati yang gembira dan puas!

Before leave from Hostel Lyndon pagi tu.

Jangan penat baca lagi tau.. ada satu hari lagi aku nak story tempat kat Jeju. Dah tak boleh nak story dalam entry ni. Rasa dah terlalu panjang dah ni. Takut bosan. hehe. Stay tune untuk last day kat Jeju.

Ni link if tertinggal cerita2 aku 

Enjoy reading guys!

















Sunday 1 January 2017

Yong Jejak Korea : JEJU-DO ( PART I )

Assalamualaikum dan Welcome to 2017!

Dah tak sabar ke nak tahu kitorang pergi mana kat Jeju? Sabar sikit sebab aku pun dah tak sabar nak cerita sebenarnya. hehe. FYI, kitorang memang pergi sendiri tanpa ada travel guider. Kononnya fully berdikari la and ni semua first time untuk kitorang. Gile kan! Memula parents aku tak lepas sebab yang pergi semua anak dara. Tapi lepas pujuk dan beli tiket. Maka dimudahkan semua. Gitu loh!

Tapi sebelum tu aku nak story dulu pasal apa yang berlaku kat aku sebelum pergi sana. Sebab dari kesusahan ni aku rasa sangat mudah perjalanan kat sana. Sungguh! Aku amik flight utk ke KLIA dr Trg sehari sebelum (petang). Tapi nak dijadikan cerita aku terlepas flight tu sebab tak sempat nak checkin luggage. Merayu banyak kali pun tak dilayan. Aku pulak bawak dua luggage waktu tu. Memang tak lepas lah! Meroyan jugak lah aku kat situ kejap. Waktu tu aku pikir dah takde harapan nak pergi korea. Macam mana ni. Duit dah banyak guna untuk itu ini. Takkan tak pergi. Rugi banyak tu. So aku decide amik tiket on the spot malam tu. Memang lari bajet aku la. Nak buat macam mana dah. Lepas tu aku call parents and cerita tu semua. Diorang terkejutlah tapi aku yakinkan yg aku boleh handle ni. Then dugaan kedua flight malam tu pulak delay. Ujian sebelum pergi. Tabah lah wahai diri! Tapi masa tu aku hanya doa moga permusafiran aku ni bermanfaat buat aku dan semoga kesusahan aku kat sini diberi kemudahan kat sana. 

DAY 1 (16 October 2016)

Kitorang berlepas dari KLIA pukul 8 pagi dan sampai sana dalam pukul 3.30 ptg waktu korea. Beza waktu korea dan Malaysia cuma awal sejam. Perasaan bila sampai kat negara orang tu tak tahu nak cerita. MashaAllah first time nih! Lepas melalui kecuakan di imigresen and whateverlah kitorang terus pergi topup T-money kat kedai serbaneka G25 kat dalam tu. Sebab nak kejar flight ke Jeju pukul 8.30 malam maka kitorang cecepat cari signboard train (AREX) yang terus ke Gimpo airport. Nanau jugak mencari. Tapi nasib baiklah time nak lalu satu laluan ke train yang kitorang confuse nak guna tmoney atau token terjumpalah dengan stewardess yang satu flight ngan kitorang tadi. Dialah yang tunjuk ajar tu semua. Yang tu guna T-Money okay. Mostly kat sana memang guna Tmoney la citer dia. And alhamdulillah unni stewardess tu sudi nak tolong tunjuk jalan kat kitorang sampai ke Gimpo airport walaupun dia sepatutnya ke laluan lain. Kemudahan kan!
  • T-Money   : 40,000 won ( cukup untuk 11 hari)
  • Train dari Incheon ke Gimpo airport   : 900 won  (guna Tmoney)
  • Sampai Gimpo airport   : 2500 won   (guna Tmoney)


Baru lepas pickup luggages. Masa ni berlari nak pergi toilet. Oh jangan lupa bawak botol ea bila nak guna toilet takut sengsara kat dalam tu nanti. Toilet kat sana tade paip air. Cuma ada kat sinki. Beringat sebelum terkena. Hahahaha

Kitorang berpisah dengan unni stewardess tu kat Gimpo airport. So kind unni!

First bila sampai sana terus cari kaunter kereta sewa.  Kalau seingat aku kaunter tu kat pintu masuk airport. Kat situ dia akan mintak untuk tengok lesen memandu dan diorang beri kertas instruction sewa kereta macam tu. Settle la yang tu. Then berkejar jugak lah kitorang ke kaunter untuk checkin tapi rupanya kitorang sampai terawal lah pulak sebab supposely kena checkin luggage sejam sebelum. Jadinya kitorang lelepak kejap kat sana cari nafas yang semput tarik beg naik turun tangga tadi. Solat jama'  zohor asar kat ruang yang dirasakan bersih. Baru lah merasa macam mana solat kat tempat orang macam tu. Pastu tunggu lagi sambil sibuk cari wifi yang dikatakan bersepah!

Sementara menunggu checkin flight ke Jeju. Luggage tu sume bawak naik atas je. Yang selebihnya masuk kargo. Rasa macam awkward bila kena naik bas untuk pergi ke kapal terbang sebab jauh jugaklah kalau nak jalan kaki. Tak perlu tunggu lama sebab bas sentiasa ada untuk pickup. Nak merungut pun tak sempat. hehe.

Pemandangan malam dalam flight. Sejam je perjalanan dari Gimpo ke Jeju. Dalam flight tu diorang sediakan air sejuk je. Hahaha aku ingat fresh oren!

Sampai aje kat airport Jeju terus rasa macam blur tapi eksited. Sampai pun dlm jam 9 lebih. Badan dah letih tambah dengan tak mandi lagi. Round2 cari makanan dalam tu tapi semua kedai dah nak tutup. Ambil pamplet2 untuk rujukan lepas tu terus keluar cari teksi. Yang aku tabik kat sini diorang memang disiplin betul. Nak tunggu teksi pun sabar aje beratur punya panjang tunggu turn memasing. Tak ada yang cuba potong line pun! Sampai aje turn kitorang terus cecepat masuk. Kalau lambat kena marah la babe! Diorang punya hon tu padu betul. Tanjat mak! 

Kitorang tunjuk alamat dan No. GPS guest house kat pakcik taxi. Dia yang search tu semua kat GPS. Perghhh taxi pakai GPS canggih. Hahaha dasar noob. Nak dijadikan cerita pakcik taxi tu tak jumpa GH kitorang. Pusing pusing kat tempat sama tapi still tak nampak GH tu. Sakit pulak hati kita. Dahlah hujan sejuk lagi. Last2 jumpa gak and rupanya depan mata je tapi tak perasan. Tak pepasal pakcik tu cas mahal sikit dari bajet kitorang. Hekk!
  • Tambang taxi   : 6300 won (sepatutnya 5000 won tapi sebab sesat!) 
Kat Jeju kitorang stay kat dua GH sebab nak jimatkan jarak dengan tempat yang kitorang nak pergi nanti. Dua malam pertama kitorang stay kat Hostel Lyndon. Untuk checkin tunjuk aje bukti printout kita dah book and bayar kat kaunter. Serious best gile GH ni. Murah. Bersih. Bilik tidur selesa. Sabun syampoo tuala semua disediakan. Ruang makan pulak cantik. Dapur yang sangat kemas dan muslim friendly. Owner yang ramah. Wifi yang laju. Ada breakfast ( disediakan roti dan telur but prepare sendiri untuk makan). Apa lagi tak tersenarai. Memang puas hati stay kat sini. Iols bagi rate paling tinggi untuk GH ni. Tak rasa nak komplen lah bila semua ada dan tiptop.
  • Kos Hostel Lyndon   : RM 142 per person (2 nights)     -  10 minit dari Jeju airport (taxi)
Dapur dan ruang makan. So cute kan! Ada tv besar lagi kat ruang tu. Boleh lepak sembang lelama kat situ. Tak ada orang nak larang selagi tak menganggu orang lain.

Bawah sampul tilam tu ada heater. Takdelah menggigil sangat.

Toilet dalam bilik (pintu belah kiri tu). So tak payah campur dengan orang lain! Toilet memang bersih dan besar. Dalam bilik pun ada tv, mini peti sejuk dan aircond. Rasa dah tersangat cukup dah ni!

Ruang dalam Hostel Lyndon. Depan tu pintu masuk.

Disediakan komputer, telefon dan iron. Banyak kan kemudahan kat sini. Stay sini rasa macam tanak balik. Muahahaha. Very recommended.

DAY 2 (17 October 2016)

After siapkan breakfast untuk bekal kitorang cecepat keluar sebab nak ke tempat sewa kereta. Supposely kena sampai sebelum 9 pagi. So amik taxi sebab takut tak sempat sampai pada waktunya. Ceria betul pagi tu sebab pakcik taxi eksited tengok kitorang. Walaupun macam ayam dgn itik bercakap tapi still terhibur sebab pakcik tu asyik gelak je tengok kitorang cakap. Bila ajak selfie dia yang lebih dengan saranghae dia. Hahaha.
  • Tambang taxi   :   4700 won (dapat lagi murahhhh wooo)
Dari GH ---- Jeju Airport ---- Tempat sewa kereta ( Naik bas kat gate 2 kalau tak silap untuk ke sana. Kitorang tanya orang kat sana bas yg mana. Yang ni  bas khas untuk ke sana, free dan hanya 5 minit dari airport)

Berikan semua dokumen yang diperlukan mengikut prosedur.

Rasa2 lepas tak kitorang guna debit card tu?

TADAAAAAA... moh ler mulakan perjalanan di bumi Jeju ni! Jyeahhh!

Mostly kereta kat sana guna GPS. If kita dah sesiap search GPS No tempat kita nak pergi tu senang la. Just taip dan gerak. Kat Jeju memang perlu sewa kereta sebab setiap tempat tu jauh dan perlu sangat bijak merancang perjalanan supaya tak banyak masa spend atas jalan. Tengok kilometer dan masa hokay! And fyi kereta sewa biasanya memang diberikan full tank minyak.
  • Sewa kereta   :   RM424  for 5 days ( Yesss guna Debit Card... dimudahkan lagi!)

Perkara yang perlu ditakenote bila sewa kereta :
  1. Cek dulu setiap sisi kereta tu termasuklah luar dan dalam kereta kut2 ada kemek ke calar ke terkurangkan ke masa kita ambil. Takut nanti diorang salahkan kita. Kalau boleh amik gambar amik je la.
  2. Biasanya dia akan ajar cara nak guna GPS tu. Kalau boleh mintak dia tukar setting dalam english. Masa kitorang hari tu suara aje dalam english. Tulisan tu semua still dalam korean. Tapi tu pun kejap sebab problem macam mana entah. Then tawakal je ikut guide tu even tak faham bahasa dia. haha.
  3. Bila time pulangkan mesti dalam keadaan yang sama macam kita ambil include minyak tu la. 

FIRST PLACE  :  UDO ISLAND

Nak ke sana kena naik feri. Pulak dah! Aku ingatkan straight aje pergi sana. Haha. Expectation aku tak ada la ramai orang tapi sampai aje pintu masuk dah beratur kereta nak masuk dan parking. Kereta yang dah bersusun parking tu tak payah cerita. Memang penuh! Dua tiga kali jugak kena pusing. Aku sampai pelik tengok orang2 korea ni datang kat tempat diorang sendiri macam tu punya ramai. So kitorang decide dua orang beli tiket dua orang cari parking. Masuk nak beli tiket tu ingat terus boleh dapat la. Ya Allah tercengang2 pulak nak buat apa. Nampak macam kena isi satu borang tapi borang tu dalam bahasa korea pulak dah. Nak tanya diorang tak semua boleh speaking english. Tepuk kepala jap! Kitorang cuba jugak tanya sampai la faham step nak beli tiket feri tu. Tapi kat dalam borang tu kena tulis no plat kereta pulak. Makanya terpaksa lah tunggu lagi dua orang sampai sebab memang kami dua tak save no plat kereta. Dan nasib baik gak diorang snap no kereta tu. Fuh! 
  • Parking kereta   : 2500 won
  • Tambang feri (pergi balik)  :  47,000 won (4 orang)
  • Step beli tiket feri  :  Ambil borang dan isi nama, no telefon, dan no plat kereta ( kalau tak reti nak tulis no plat kereta tu just tunjuk gambar aje kat kaunter) 
Kat atas feri. Heksited akak!


Dah sampai dah kat U-do

Setelah touchdown memang macam clueless sikit la nak ke mana dulu. Lepas tu nampak skuter comel dan basikal. At first ingat nak sewa skuter tu je. Tapi mahal la pulak. So decide naik bas. Senang sikit bila orang yang bawakkan kita ke tempat2 kat sana. Lagipun kitorang tak tahu jalan ke tempat2 tu semua if sewa skuter. Maka buat tindakan bijak ye. Bas ni pulak sentiasa ada. Jadi jangan risau la kalau rasa kena tinggal. Ikut je orang yang tengah beratur tunggu bas tu.
  • Tambang city tour bus   :  5,000 won ( seorang ) 
  • Sewa skuter : 20,000 won ( kalau tak lupa la.. Hehe ) 
 First place kat U-do




 

Hallabong (oren) ice cream   :   5,000 won satu

 Running Man in de house 

 Hagosudong Beach

Ahjumma kat belakang tu sexy tau..


Aku tak tahu sangat nama2 pantai kat sini. Nampak pantai cantik je terus turun amik gambar. Biasalah bila tak pernah nampak pemandangan macam tu. Suasana kat U-do sebiji la macam dalam drama2 korea tu yang ada rumah2 perkampungan, lepas tu pagar dari batu dan ahjumma yang tengah bekerja. Yess same! Still tak percaya tengok depan mata. Okay pantai terakhir yang kat sana kitorang dah tanak turun dah. Rasa macam sama aje dengan sebelumnya. So stay je dalam bas sampai la ke jeti. Nak sambung ke next place pulak.


SECOND PLACE : SOPJIKOJI


Dan macam biasa search tempat guna GPS No. Apa yang bestnya kat Sopjikoji ni? Sini cantik weh. Tempat ni pun kat tepi pantai. Masa kitorang sampai sini ramai rombongan budak2 kolej. Family pun ada. Kalau yang couple tu common la kat sini. Diorang punya sweet sampai boleh potong kaki. haha. Pokoknya sini pun ramailah! Sini tade entry fee pun. Just bayar parking aje and nikmatilah keindahan alam ciptaan Allah sepuasnya.
  • Parking Sopjikoji   :  1,000 won

 Jauh jugaklah nak berjalan sampai ke sana tu haaa

 Oppa hensem tolong snap gambar. Tu senyum tak berapa nak senyumm. haha

Ada candy house kat belakang. Sweet giler! Terus rasa macam kanak2 riang.

 

Couple from singapore tolong snapkan sebab kesian kat kitorang yang gigih nak bergambar guna tripod yang tunggu masa nak jatuh ke bumi. So diowang cakap nak tolong. hehe. Apa lagi amik tempat la memasing. Konsep dia kalau nak gambar cukup 4 orang memang kena mintak tolong orang lain amikkan. 


 Akak suka sangat view dari sini. Feeling obersea sangat!


Ni dah last part kat Sopjikoji. Kat sini kena mendaki sikit. Sikit jah. Dapat duduk kat sini pun mujur sebab berebut dengan orang ramai. Biasanya golongan2 emas la. Mengalah! Kagum dengan diorang ni walaupun dah berusia tapi masih kuat panjat sana sini jalan jejauh. Kat depan kitorang tu ada rumah api. Dari atas ni dah boleh tengok overall view. Serious cantik!








Bila dah petang kitorang gerak nak balik GH sebab nak kejar solat. Time otw nak ke kereta terjeling la pulak sotong bakar ni. Memasing telan air liuq. Bebesar kenyal macam tu gila tak mengancam emosi. Pastu cicah pulak dengan sos pedas dia. Pergghhh!! Nak beli sorang satu mahal la. So kitorang share biar semua dapat rasa. haha. Time menaip ni pun dah tertelan liur tengok sotong besaq tuh.
  • Sotong bakar   :  8,000 won
Oke lah aku rasa dah panjang sangat entri ni. Dah cuba summarizekan dah dan kurangkan merepek tapi still panjang lagi. Huwaa. Ni baru dua hari kat Jeju. Ada 9 hari lagi nak story kat sini. Mohon korang tak jemu dan aku tak fedup. Aku share ni dengan niat nak membantu korang yang bertanya. Nak tahu next place kitorang tunggu entry seterusnya yang mungkin panjang seperti ini tapi berguna!

Jangan lupa baca entry persiapan ke Korea tau. Nah link

Enjoy reading gais!