Tuesday 1 March 2016

MY FIRST BLOG

Assalamualaikum

Holla. Ni adalah entry pertama untuk blog kedua aku. Gara2 lupa emel aku yang sebelum ni so aku tak dapat buka blog pertama kesayangan. Sedih sangat ya Tuhan. Banyak sangat benda aku story dalam tu since dari matrik kut. Jatuh bangun study tido tak tentu makan yang banyak berkejar ke kelas semua aku citer dalam tu. Tahu kan life kat matrik macam mana. Packed uols! Tapi tu la yang paling best. Ekoran daripada itu semua aku gigihkan jua untuk buat blog ni sebab aku nak story all about what happen to me sekarang. Sebagai kenangan untuk aku jugak. Nanti boleh la anak cucu cicit aku baca blog nenek dia ni. Boleh la diowang tengok betapa zaman ini berubah. Hokay!

Kat blog dulu aku dah cerita pasal aku study kat mana kos apa berapa tahun study aktiviti kos aku. Banyak la jugak. Tapi tak apa la #sisredho. Move on la yong. So untuk blog ni aku nak lebih fokus apa yang aku nak story. Disebabkan sekarang aku ngah buat internship. Aku akan story la sikit2 macam mana internship life aku. Harap dapat manfaat bersama la. Sekarang aku intern kat negeri sendiri. Jadinyer... masa aku adalah fully kat rumah. Ada la masa untuk aku date dengan Mr. Oven. Nanti kalau aku ada resipi best nak share aku share kat sini. Tapi setakat ni aku tak sempat lagi nak date dengan Mr.O sebab balik keje tu dah letih sangat. Malam pun tido awal. Tak tahu la apa yang aku letihkan sangat. Keje pun bukan la banyak sangat. Maka berkubur la semua angan2ku. 

Oke setakat ni tu jer intro entry aku. Dah dapat la gambaran macam mana kan. Hope aku terus rajin mengupdate blog ni. 

Bye!



No comments:

Post a Comment

Fikir dulu sebelum komen. Moga yang baik-baik untuk semua.