Tuesday 29 March 2016

Professional CFA Annual Summit

Assalamualaikum
 
 
Dah seminggu lebih tak mengupdate belog ni. Rasa macam hmm hmm pulak. Kalau bukak je belog ni mesti blur nak sembang topik apa. Then pergi baca blog orang lain. Pastu duk berangan. Pastu berangan lagi. Last sekali log out belog aku ni. Macam tu la aku hari-hari kalau bosan kat office ni. Aku sebenarnya baru sampai dari KL semalam. Sampai Ganu pun dalam pukul 4.30 pagi lepas tu sambung tidoo kejap. Dalam 6.30 macam tu dah dengar suara my ummi yang dah terpacak depan pintu bilik. Dan macam biasa aku akan melompat dulu atas katil sebelum ummi sampai. Kalau tidak mahu bergema jugak la telinga ni nanti. Hehe.
 
Gigih naw aku turun KL. Siap amik tiket flight bagai. Okay yang tu sebab nak tunaikan permintaan my dear lil kezen yang nak naik flight. So temankan la. Baguih naw naw kakyong ko ni mekya. Actually aku baru lepas attend CFA Annual Summit kat Hotel Park Royal. Tu la tujuan asal aku turun KL tu. For first impression memang aku gamam la join seminar korporat macam tu. Iya lah almost semua yang join tu pakai suit berkot bagai. Rasa macam woowww sangat. Mana pernah aku tengok orang-orang korporat yang berjawatan tinggi turun padang. CEO company ni. Peneraju company tu. Yang datang tu pun almost yang kerja kat bank. Bukan calang2 orang. Duduk sembang2 semeja. Share input2 penting. Wooowwww lagi.
 
Aku tak tahu nak share macam mana pasal CFA ni. Tapi main point program ni nak share pengalaman orang2 yang amik Chartered Financial Analyst (CFA) Programme niii. Ramai jugak la yang dah join program ni dan dah ada yang sampai level last. Like seriouslyyy. Aku ingat ramai yang Chinese. Tapi bila diowang naik pentas and sharing moment. Lahhhhh.. melayu rupanya. Muka memasing macam Chinese kut. Lol. Apa yang kagum sebab diowang semua yang jadi volunteers ni, ( diowang ni sume ongoing CFA level 1, 2 & 3)  masih muda2 okay. Skala umur 20-an kut.  Tapi dah kerja bank sini. Bank sana. Almost kat Bank Negara laaaa.
 
Aku boleh share sikit-sikit apa yang aku dapat time join program ni. Sebab kekadang aku ke laut jugak. CFA ni ada 3 level.

 Level 1 (Investment Tools : knowledge & Comprehension).
 Level 2 (Asset Valuation : Application & Analysis).
Level 3 (Portfolio Management : Synthesis & Evaluation).

Topik2 general yang related to CFA ni pulak seperti economics, corporate finance, financial reporting & analysis, equity investment, portfolio management, quantitative method, derivatives, fixed-income investment dan banyak lagi la.

Financial area la. Kalau korang budak finance mesti korang dah terbiasa dengan topik2 ni kan. Pernah dengar kan. Awalnya aku ingat CFA ni just untuk budak finance je. Tapi budak business pun ada. Tak silap nama dia abg Faisal. Sekarang dia dah ongoing utk level 2.
 
Aku sempat la sembang dengan seorang kakak ni. Kak Azi namanya. Dia sekarang kerja kat BIMB as Fund Manager. Masa break sekejap2 tu la time nak grab chance nak sembang dengan yang berpengalaman. Sekarang Kak Azi ngah ongoing utk level 1. Nak amik CFA ada banyak cara nak study katanya. Boleh study sendiri ataupun masuk kelas. Tapi Kak Azi cakap better amik kelas sebab apa yang kita tak tahu kita boleh tanya. Banyak benefit kalau join kelas. Aku ni gatal2 tanya Kak Azi pasal soalan2 CFA susah tak. Dengan penuh seriuss sambil kerut dahi Kak Azi cakap memang susah. Banyak kali akak tu repeat memang susah!! Haha. Sampai naik gerun pulak aku. Tapi kak Azi cakap nak amik CFA ni mesti atas keinginan kita sendiri. Tak boleh nak ikut2 orang. You jump I jump. You tenggelam I tenggelam. Memang nayya la woii.
 
Sebenarnya bila kite sendiri yang pilih nak amik CFA ni. Sesusah mana pun we will put very hard effort for that rite. Eh lupa masa kat sana semua speaking English uols. So cik bedah ni kena speaking la. Haiyyaa. So kalau kita follow orang. Means kita akan seksa diri kalau tak dapat go through the hard situation. Pilih la atas keinginan sendiri. Aku ada tanya jugak sama ada bila lulus CFA ni kita akan terus dapat kerja ke. Sebab aku terpengaruh dan jeles dengan diowang yang muda tapi jawatan dah hebat2 kat bank. Gile tak jeles weh. Kak Azi cakap tu depends atas kita sendiri yang apply kerja. Yelah bila ada CFA ni memudahkan sikit la untuk apply job. Sebab kita ada sijil professional kut. Nak memilikinya saje dah RM5k. Kau hingat senang nak dapat CFA ni??!!

Untuk exam CFA ni ada 120 questions for level 1 and 2. Dua2 level ni MCQ form. Cuma yang level 3 ada MCQ dan esei. Hard level maybe. Tapi semua level susah katanya Kak Azi. Exam ni ada dua sesi. Pagi dan petang. Satu sesi 60 questions laaa. Kalau time belajar dulu kan kita dah ada soalan2 spot untuk dibaca kan? Kekadang ada jugak yang kita skip daripada study kan? Tapi untuk CFA ni Kak Azi cakap kita kena baca semua. No Skip!!! Semua wajib baca. Buku tebal mana pun. BAca okay baca. Macam mana? Semangat dah runtuh macam runtuhan salji dari bukit? Hek eleh macam ni gayanya nak amik CFA. Hahaha. Tampar diri sendiri.
 
 
Ni talk bersama Tan Sri Azman from Khazanah Nasional.
 
 Where can you work as a CFA holder???



Pros and Cons of the CFA
 
 
 
 Us from USIM



The boys with Dr Hisham
 
 
Grab and said,
 
Yes, We Can !!!!

Aku sangat terinspirasi dengan YM Raja Azura Raja Mahayuddin. Chief Executive of Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputra. Seorang wanita yang sangat menginspirasikan orang lain. Kata-kata beliau. Motivasi beliau. Kejayaan dan jasa beliau. Kedudukan beliau. Entah la kenapa aku rasa sangat terinspirasi. And last speech beliau nyanyi. Pffftttt best wehh suara. 
 
Yang tu je la yang dapat aku share. Sebenarnya ada jugak wakil2 dari Uni lain. Tapi tak sempat nak borak sangat. Semua duk busy nak sembang dengan abang2 dan akak2 yang amik CFA. Ye ah bila lagi dapat peluang macam ni kan. Aku ada berniat gak nak amik ni. Doakan aku eh :)
 
Bye!

2 comments:

  1. Salam, just nak ucap thank you for blog entry ni. Sgt informative. Thank you so much for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah i'm glad to hear that. Hope this entry can help you. My pleasure dear :)

      Delete

Fikir dulu sebelum komen. Moga yang baik-baik untuk semua.