Tuesday 8 March 2016

Master ke Kerja? Mahu Pilih Yang Mana?

Assalamualaikum

Hollala. Aku ingat semalam nak buat roti tapi nampaknya berkubur lagi sebab mata aku tak cukup sado untuk bertahan lama. Sekarang sedang sibuk usha peluang2 kerja untuk hantar resume. Orang cakap time intern ni la kena hantar resume kat company2 yang ngah buka jawatan kosong ataupun yang nak fresh graduate. Nak grab cepat2 sebab peluang kerja sekarang makin susah. Baru-baru ni pun isu doktor2 gigi yang still tak ada job. Tu doktor punye cerita. Ni kalau aku ni macam mana. Bahagian matematik kewangan. So kena sentiasa alert la. At least lepas intern dah dapat kerja. Ya Allah moga dimudahkan.

"Yong nak buat apa lepas habis study ni? Nak keje ke nak sambung master?"

Grrrrrrrrrrrrrrr

Dulu masa ngah study degree aku semangat giler nak sambung master. Tak dulu sangat la sebab aku tak konvo lagi. Haha. Tapi disebabkan ekonomi sekarang aku rasa macam aku perlu buat pilihan. Aku rasa macam nak kerja dulu tapi aku tak pasti. Rezeki la kan kalau Allah mudahkan untuk dapat kerja dulu. Buat master pun macam best jugak. Sepupu aku yang sebaya dah start buat master bulan Feb hari tu. Makcik pakcik aku pun dah tanya nak buat apa lepas habis degree ni. Kalau sebelum ni boleh la nak jawab nak buat master. Sekarang hati aku macam nak pilih kerja. Nak amik pengalaman dulu. Hmmm.

Ada jugak yang cakap kalau nak sambung study baik sambung terus after degree sebab kalau berhenti sekejap nanti dah rasa malas nak sambung balik. Aduhai macam tu pulak! Tapi yang ni aku rasa depends atas orang la kut. Ahh peningnya. Which one better ek? Master ke kerja. Master ke kerja. Kawan aku dah ada yang decide nak sambung master. Siap dah decide nak sambung kos apa gitteww nak sambung mana.  Dan aku masih berkerut dahi. Hmmm lagi.

Kalau korang ada pendapat tentang ni. Please share with me uols. Ke ada yang senasib macam aku ni? Dalam dilema. Selain jawapan korang suruh buat istikharah. Itu mesti. Tapi aku nak jugak jawapan yang aku boleh fikir dan pertimbangkan. Intern ada lagi 3 bulan setengah. Sambil intern sambil fikir sambil hantar resume. Oke tu jer.

Bye!

No comments:

Post a Comment

Fikir dulu sebelum komen. Moga yang baik-baik untuk semua.