Sunday 13 March 2016

When Abah Kena Warded (Part II)

Assalamualaikum

Balalalala. Ah rindu Baymax! Aku selalu tersungkur awal kalau malam. Semalam pun aku boleh tertido kat rumah mak sedara aku. Tengok aku ni jenis ada tempat landing best je terus mata main pejam. Stress tau sebab uncontrol mata ni. Orang panggil kat tepi telinga pun. Memang tak la aku nak respon. Pejam mata lagi best.Yang ni memang dah sebati dalam diri aku.

Sambung cerita pasal abah. Jangkitan kuman (or nanah) kat hati abah sebenarnya besar la jugak. Setiap hari aku akan pastikan aku updated pasal abah dgn Dr. Kalau nak tahu sistem badan kita yang lain akan terganggu bila sistem hati kita diganggu. Means macam ni la when ada nanah kat hati abah. Sistem tubuh lain terganggu macam color air kencing warna oren pekat, kaki sembab, badan akan jadi kuning (jaundice) dan simptom2 lain. Ni disebabkan sistem hati kita tak dapat berfungsi like normal. Dan ni juga akan melibatkan buah pinggang sebab tu air kencing pun color ta seperti normal. Oke yang ni doc terang kat aku. Then aku yang terang pulak kat family aku. Sebab tu aku kena hadam betul2 dulu apa yang doc cerita. Terus rasa macam nak jadi doktor jugak sebab dapat belajar banyak benda pasal tubuh.

Actually jangkitan kuman kat hati abah ada di belakang hati. So susah sikit la doc nak buat operation sebab doc bimbang akan berisiko. Doc decide untuk bagi antibiotik secara berterusan until ada perubahan. Episod kesabaran yang amat kuat untuk family aku. Umi selalu kuatkan kami adik beradik untuk kuatkan abah. Iyelah kan abah tak pernah sakit. Tapi bila sakit dah jadi macam ni. Masa aku balik hari tu aku terus ke hospital dan tak pernah balik rumah. Baju pun aku kirim kat umi suruh bawak dari rumah. Aku sehelai sepinggang kut. 3 hari lepas tu baru aku balik rumah. Tu pun kejap2 sebab abah nak aku yang temankan dia. Sebak weh.

Setiap setengah jam kiteowang bergilir titikkan ubat kat mata abah. Ubat penghapus kuman. Dalam beberapa minggu abah tak dapat bangun. Just terbaring jer. Abah pun selalu demam. Kaki pum sembab. Solat pun sambil baring. Kencing pun kena tadahkan. Walaupun aku rasa nak menangis tapi aku cuba kuat. Sebab adik2 aku ada. Diowang yang jaguh di mata aku pun menangis dan mengadu kat aku. Masa tu aku rasa diowang perlukan kekuatan daripada aku. So aku tak boleh menangis melainkan bagi kata2 positif. Aku tahu abah macam down bila dia sakit ni. Adik aku cerita abah terdiam bila doktor bagitahu mata abah takkan dapat tengok lagi. Yes my kental adik menangis sebab dia paling rapat dengan abah selain aku.

So sepanjang aku jaga abah kat sana aku selalu ajak dia berborak sebab tak nak abah fikir bukan2. Selalu cerita benda2 yang positif dan selalu ajar abah apa itu sabar. Sabar dan terus sabar. Banyakkan memohon pada Allah. Ujian ni memang sangat mengajar kami untuk sabar. Seriuslyyy. Badan abah pun makin susut. Setiap pagi abah need to jumpa doktor mata untuk follow-up mata dia nak tengok sama ada progress ke tak. Alhamdulillah everything going well.

Dalam tempoh sebulan lebih tu banyak benda yang kami belajar. Belajar apa itu sabar. Belajar apa itu syukur. Belajar apa itu kuat. Belajar apa itu takdir. Belajar apa itu keluarga. Belajar apa itu redo. Belajar apa itu kebergantungan pada Allah. Banyak dan sangat banyak. Sampai tak terhitung apa yang Allah berikan pada kami supaya kami kembali pada jalanNya. Setiap minggu ada pakcik2 yang dalam wad sama tempoh dengan  abah meninggal. Dah la pakcik2 tu semua yang duduk katil sebelah depan belakang kiri kanan dengan abah. Aku pernah terdetik yang aku takut kalau abah pun pergi sama. Hari2 aku doa moga Allah panjangkan umur abah sebab aku perlukan abah sangat. (aku sangat manja dengan abah).

Kiteowng bergilir jaga abah. Kalau aku dapat balik. Aku akan jaga gantikan adik dan umi yang dah letih jaga masa aku balik nilai. Kalau dak angah balik. Dia pulak yang gantikan. Macam tu lah kami sampai la nampak perubahan abah yang semakin sembuh. Abah dah selera makan. Dah boleh berjalan. Dah boleh bergurau. Dah boleh exercise berjalan dari katil ke pintu wad pastu duk sapa staf nurse kat kaunter. Ewah abah aku! Nasib baik semua nurse tu dah kenal abah. Semua duk puji cakap abah dah makin sihat. Terima kasih Allah.

Thanks kepada semua yang datang tengok abah dan sentiasa doakan kesihatan abah. Yes semua orang terkejut bila dapat tahu abah sakit. Sebab semuanya tiba2 dan sangat cepat. Thanks jugak kepada nurse2 dan doktor2 yang jaga dan rawat abah sampai semua dah kenal. Hehe. Pengalaman berkampung di hospital dan alhamdulillah Allah masih berikan peluang untuk kami balik ke rumah dalam keadaan sihat.

Sekarang abah dah sihat. Dah boleh melakukan aktiviti macam dulu2. Tapi abah still kena followup dengan doktor ikut temujanji. Kuman dalam darah abah dah makin kurang. Nanah di hati pun dah kecik sikit. Mata pun dah bebas kuman tapi mata abah memang dah tak nampak. Tapi syukur Allah masih pinjamkan lagi satu mata. Nikmat manakah hendak kami dustakan?

Terima kasih sebab baca. Terpanjang pulak entry.

Bye!

No comments:

Post a Comment

Fikir dulu sebelum komen. Moga yang baik-baik untuk semua.