Showing posts with label internlife. Show all posts
Showing posts with label internlife. Show all posts

Thursday, 31 March 2016

Week 6 As Intern

Assalamualaikum

Bila mood rajin dah datang. Hari2 aku rasa nak update blog. Kalau tak ada mende nak cerita pun aku rasa nak cerita jugak. Pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke enam dah aku intern. Ada tinggal lagi tiga bulan. Lepas tiga bulan tu nak buat apa ek. Hmmm macam nak kerja kat butik pengantin. Sebab aku minat sangat bab hias-menghias and plan event ni. Kreatiff ke kau?Pfffttt. Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Ok la aku share sikit life aku sebagai intern di pejabat tanah ni. Even tak lah banyak sangat kerja tapi banyak jugak lah aku dapat timba pengalaman dan ilmu baru kat sini. Like said Allah Do Not Put You In That Place Without No Reason rite? 

Kalau awal2 tu aku selalu dapat task bab taip-menaip aje. Taip minit mesyuarat ni. Taip memo tu. Taip maklumat fail ni. Taip contoh dokumen tu. Taip surat ini. Taip surat itu. Nasib baik lah selalu jadi setiausaha waktu sekolah dulu. Jadi tahu la sikit-sikit format surat dan minit mesyuarat tu. Weh mengalahkan kerani dah aku kat sini. Kerani pun macam nak resign sebab tengok aku menaip banyak sangat. wakaka. (tak la banyak sangat pun..) Dulu macam was-was gak la nak guna mesin fotostat. Takut jugak la kalau-kalau aku terrosakkan harta benda kerajaan ni. Tapi sekarang punya konfiden memang tahap dewa la. Nak fotostat apa. Meh serahkan aje kat aku. Punya la berlagak kakyong kau ni kan.

Tapi beberapa minggu ni SV aku mintak aku belajar cara print bil cukai tanah. Dia kata nanti bila dah pindah office aku lah orangnya yang akan diletakkan di kaunter bil tu. Ewah. Apakah kriteria-kriteria orang yang akan diletakkan di kaunter tu. Muka manis. Senyum manis. Masam pun nampak manis. Ewah lagi. Kau ingat kau ada ciri-ciri tu yong. SV kau tu nak kau ada task untuk ditulis dalam report nanti. Supaya kau tak lah terkial-kial untuk presentation nanti. Nampak tak betapa prihatin SV kau terhadap kau. 


Masa ni aku usha dari dalam dulu. Ngah belajar nak 'key in' data.


First time duk kat kaunter. Biasanya aku perhati jer ruangan kaunter tu. Kali ni aku hat duk tekan nombor nak panggil pelanggan. 1 2 3 kaunter 4. Bhahaha. Pastu buat muka excited depan kaunter. Kanak-kanak riang mungkin. Untuk budak macam aku ni memang jakun la. Eleh korang mesti jakun gak kan macam aku. Bukan aku sorang kan yang jakun. Ah kisah pulak kan. Banyak benda baru yang aku belajar kat situ. Bayar cukai tanah. Tukar nama tanah. Term dan kod yang digunakan untuk geran tanah. Macam-macam ah. Kalau nak aku tolong cekkan tanah korang pun boleh. Dah bayar cukai tanah belum?

" Dik, muda-muda lagi dah kerja."
" Owh saya praktikal pakcik."
" Owh tu lah. Nampak macam budak sekolah lagi."

Dah banyak kali dah kena tegur macam tu. Aku kan memang awet muda. Ala umur aku baru berapa kut. Harus lah awet muda. Haha. Dealing dengan orang-orang yang lagi tua dari kita ni memang kena penuh berhikmah. Penuh bersopan. Penuh senyuman gituh, Nak-nak orang yang baru nak belajar macam aku ni. Aku ni jenis yang memerhati. Perhati dulu tiap satu. Kalau tak tahu tanya. Gladly la semua akak2 dan abang2 kat sini jenis eager nak tolong aku belajar. Thanks uols.


 Nah belanja gambar sikit kanak-kanak riang duk kat kaunter. Nampak kita say haiii tau.


Pernah je jumpa junior senior time duk kat kaunter. Tak tahu lah diowang ni cam aku ke tak. Aku cam je diowang. Nak tunjuk aku ni kuat ingatan la khononnyer. Tapi nama aku tak ingat la. Ramai kut senior junior aku. Mana nak ingat semua nama bak hang.


Tu je la life intern aku setakat ni.

Bye!

Monday, 7 March 2016

Minggu Ketiga Intern

Assalamualaikum

Hari ni masuk hari kedua minggu ketiga aku intern di Pejabat Tanah Daerah Kuala Nerus. Dan sekarang sebenarnya adalah waktu kerja. Sempat pulak kan aku berbelog time macam ni. Dah masuk minggu ketiga ni memang tak banyak lagi kerja yang aku dapat. SV aku banyak bagi kerja taip itu ini jer. Lepas tu aku tolong akak kat pejabat ni cop itu ini dan buat baucer bayaran. Hmmm dan selebihnya aku duk termenung pandang orang buat kerja dan duk search job vacancies. Time intern ni jugak lah time kite nak kena update dengan info2 kerja yang latest. Kena always alert kalau tak nanti ketinggalan. So far aku dah boleh adapt kerja kat sini. Banyak benda jugak lah yang aku belajar dan banyak benda jugaklah yang aku nak belajar. Dah alang2 intern kat pejabat tanah kan. So nak jugak la aku study pasal prosedur2 tanah ni. Tang kutipan hasil. Pembahagian tanah. Berapa hektar bagai. Semangat kak yong korang ni nak study.

Bila ingat balik kan macam sekejap jer masa berlalu. Tup2 dah minggu ketiga intern. Ingat lagi masa first day kat sini. Perasaan tu dupdapdupdap Tuhan je yang tahu. But nasib baik lah kebanyakan pakcik makcik kat sini kawan2 abah. So kite smile je la awak. First day aku perhatikan orang dulu dan try untuk adapt suasana. Macam tak percaya yang aku dah nak masuk alam pekerjaan. So far so good la kak yong! Balik kerja terus pengsan. Tidur pulak awal dari kebiasaan. Biasa mata ni sado je nak stay up sampai 2 3 pagi. Tapi sekarang lepas isya terus panjat katil. Sibuk sangat gamaknya kat tempat keje tu. Nak cakap keje banyak memang menipu la. Maybe penat sebab takde keje. Oppsss. Time masa first day jugak la dak2 kos aku duk kecoh kat group wassap. Semua sibuk wish luck wish luck bagai. Sebagai silent reader aku baca dengan senyuman je la. Semangat semua nak intern sampai beratus noti kau tau. Korang sembang apa nak!

Aku kerja kat sini mudah terhibur jugak la dengar pakcik makcik bersembang. Aku yang duk mengadap komputer ni mengekek ketawa bila dengar diowang sembang. Hmm macam2. Nasib baik ada pakcik penghibur kat sini. Ada la jugak time aku nak gelak. Haha. Dah masuk minggu ketiga oiii. Kat sini aku dapat belajar banyak benda jugak la bila bergaul dengan orang2 yang lebih tua. Iya la kan bila sembang dengan diowang banyak cerita la yang keluar. Sekarang ni aku masih pendengar setia dan tukang gelak. Tak reti nak sampuk. Macam awkward je. Huhu. Makcik2 kat sini aku panggil akak jugak okay even sebaya mak aku. Sebabkan suasana jadi aku hormat. Akak pun akak la. Takkan aku nak panggil achik kan. Grrrrrrr. Hehe gurau.

Alhamdulillah la sebab makcik2 kat sini semua baik jer. Kalau jumpa sama2 smile. Tegur2. Lega la sikit hati aku sebab tak ada yang jenis kerek ke apa ke. Semuanya jenis nak share ilmu. So far kerja kat pejabat tanah daerah ni tak banyak lagi. Tapi SV aku cakap nanti kiteowng kena pindah pejabat. In shaa Allah bulan April ni. Maka bersedialah kak yong untuk proses perpindahan. Haaaa... masa itu SV aku cakap kerja akan banyak. Sebab dah duduk 'rumah sendiri' nanti. Sekarang kiteowng tumpang  pejabat kat pejabat K.trg aje sebenarnya. Jadi kerja2 pun terhad la. 

Nanti aku sambung lagi. Dah nak lunch.

Bye!