Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, 31 December 2018

2018 and Stories

Assalamualaikum

My first post for 2018 at the end of 2018. Lol. Last post aku Mac 2017 pasal travel kat Jeju. Aku rasa macam dah tak ada mood nak sambung post trip kat Seoul pulak. Dah lupa dah ni. Nak share pun ingat2 lupa. Lagipun aku don't have much time to spend on writing here even i'm really miss it. Atau lebih tepat aku malas and no idea what to share here. Nak bukak lappy ni dia punya berkira macam2 hahahaha. Let's talk about 2018.. terlalu banyak kisah yang Allah hadiahkan untuk aku pada tahun ni. Ada suka ada duka. Suka untuk pengalaman baru. Ditemukan dengan orang2 yang baru. Duka yang aku sendiri tak sangka dan terfikir. Yaa aku akan share serba ringkas dalam post ni.

Actually at September 2017 aku dah dapat kerja area Terengganu ni. Alhamdulillah Allah makbulkan salah satu doa aku yang nak stay Terengganu for sake of my parents. Hadiah ni yang buat aku teramat bersyukur sebab daripada ini lah Allah bagi aku merasai peluang2 yang lain.  Tipulah cakap kalau masa first start kerja tu aku tak bimbang apa2. Nak adapt dengan opismate lah yang paling aku bimbangkan. Maklumlah aku ni bukan jenis yang ramah sangat. But thanks Allah aku diberi opismate yang sangat baik sampai aku dapat adapt dengan diorang terlalu cepat. Hehe. Bidang kerja aku memerlukan aku untuk berhadapan dengan macam2 orang. Perlu sangat sangat sabar dari segi attitude and manners. Betullah kata orang bila kita jumpa ramai orang kita akan dapat macam2 pengalaman. Yes memang dapat especially how to handle people. Kadang2 terkejut bila tengok diri sendiri sesabar itu. Sedar2 tak sedar dah setahun lebih aku kerja kat sini.

Mac 2018. Unplanned trip to JogJakarta with my dear darlings. Sungguh! Sangat2 tak plan sebab bila masing2 duk meroyan cakap nak vacay nak vacay. Stress la apa la. Mula2 nak vacay dalam negara je tapi entah macam mana dapat cari tiket murah kat sana pulak. And finally dapat tiket murah betul sekali dengan hotel 4 bintang. Thanks to my darlings yang memahami sebab aku tak dapat tolong banyak untuk plan trip ni. Masa tu level busy aku terlalu tak boleh cerita. Kali ni travel pakai ejen sebab terlalu sibuk untuk plan backpackers. Kiranya nak pi sana nak rehat jah. Nak orang bawakkan dan plan kan itineary untuk kitorang. Salah satu sebabnya adalah i got too stress at that time and tak sihat sangat. Mula2 macam tanak join dah tapi umi cakap pergilah sebab nak aku dapat semangat baru bila tengok negara orang. Hahahaha. Yes balik tu aku macam bawak semangat baru. Bila kat sana pening2 and stress aku semua hilang. Lol nak vacay sangat la tu. Travel yang ni nanti aku share kat post lain tau.

June 2018. Yaa ini berita duka yang paling susah aku nak terima. Terlalu banyak masa aku perlukan untuk terima kenyataan ni. Sampai sekarang aku masih tak kuat. 20 June 2018. Ayoh (atuk) insan kesayangan kami satu family telah dijemput ilahi. Tak pernah terlintas ayoh dijemput secepat ini. Dalam keadaan kami yang cukup tak bersedia. Yang masih mengharapkan ayoh dalam segalanya. Yang menginginkan ayoh sentiasa ada untuk kami. Kami seakan patah sebelah sayap. Masih terkapai-kapai supaya kuat untuk terbang. Dalam diam mengesat air mata sendiri.  Bercakap tentang rindu.. tak pernah sehari rasa rindu ini pergi sebab setiap pelusuk rumah aku ada kenangan bersama dia. Kadang2 bila aku terjumpa pakcik2 sebaya ayoh yang berpakaian seperti kebiasaan ayoh.. air mata bergenang tanpa sedar. Aku merasakan seperti dia masih ada. Aku rindu dia Ya Tuhan.

November 2018. Kami terpaksa menerima khabar duka sekali lagi. Hakikatnya aku belum bersedia tapi aku terpaksa menelan takdir ini dengan redho. Luka ayoh yang pergi 5 bulan lalu masih belum cukup sembuh. 29 November 2018. Giliran mok (nenek) dijemput ilahi. Siapa kita untuk menghalang semuanya. Allah menguji kami sekeluarga dengan kehilangan mereka. Insan2 yang bagaikan sayap keluarga. Kami patah kedua belah sayap pada tahun yang sama. Setelah ayoh pergi.. mok lah penguat kami. Aku akan cuba mengisi kesunyian mok bila dia sendiri walaupun aku tahu rindu dia pada kekasih hatinya tak pernah diluah dengan kata2 di depan kami. Aku tahu dia rindu. Setiap malam aku akan melayan setiap cerita2 dia. Pasal ayoh. Pasal anak cucu. Pasal kisah lama dia. Aku akan setia mendengar. Apabila aku mimpikan ayoh.. aku akan ceritakan pada dia. Dia mendengar dengan bersungguh. Katanya dia tak pernah mimpikan ayoh. Ya aku tahu dia rindu.

Sungguh aku tak sangka terpaksa melepaskan dia. Berat sungguh hati ini. Allah bagi aku peluang untuk menemani dia pada malam sebelum dia pergi. Dan aku orang pertama yang mendengar khabaran duka ini dari doktor. Hampir luruh jantung ni. Allahu.... Allah terlalu baik untuk aku. Dia berikan aku peluang untuk sempat bersama ayoh dan mok di saat2 penghujung hayat mereka. Sampai sekarang aku masih menahan rasa. Dan aku tau bukan aku sorang yang rasa. Kami semua merasai kerinduan itu. Kelukaan itu. Tak pernah tersangka tahun ini adalah tahun terakhir kami satu keluarga beraya bersama ayoh dan mok. 

Ayoh dan mok.. mereka pergi pada tahun yang sama. Pada jarak yang singkat untuk mereka berenggang. Dan Allah memanggil mereka pulang pada jarak masa yang dekat. Hakikatnya pada hayat mereka.. mereka tak pernah berenggang. Aku akan coretkan kisah manis mereka pada post yang lain.

Setakat ni je kisah 2018 aku. Sebenarnya banyak lagi. Tapi ni je lah yang bagi impak yang besar dalam hidup aku. Kenapa aku katakan ini semua hadiah. Sebab daripada sini lah aku belajar apa itu Sabar Redho Syukur. Setiap apa yang Allah berikan itu semua ada hikmahnya. Salah satu jawapan untuk doa2 kita. Alhamdulillah untuk semuanya. Tahun depan dah makin bertambah umur. Harap makin matang, sentiasa sihat walafiat, dimurahkan rezeki, diberkati umur, ditemukan dengan orang2 yang baik dan sentiasa melakukan perkara2 yang lebih baik.

 Dan macam biasalah bila masuk tahun baru apa azam/ impian/ plan korang untuk Tahun 2019.


Moga Allah makbulkan hajat kita semua :)

Thursday, 22 September 2016

Lasagna Ayam

Assalamualaikum

Aku kan pernah mention duk umah memang aku akan masak kalau rajin. Kalau okay. Hahaha. Tiap kali adik2 aku ada kat umah memang wajib aku akan buat ni. umi abah pun suka sebab diorang memang susah sikit bab makanan western ni selain chicken chop tak habis2. Masa first time aku buat terus jadi dan diorang suka. Fuh nasib baik!

So malas bebel bebanyak. Meh aku share resipi lasagna ayam yang biasa aku buat ni. Sebelum aku buat ni aku dah khatamkan banyak utube pasal lasagna ayam tau. Step by step aku perhati lepas tu aku compare then olah ikut selera sendiri pulak. Resipi aku ni as simple as single lady. Kemain.

 Inilah barang2nya. Simple je. Kalau nak tambah cendawan ke apa ke. Ikut selera korang lah kan! Pastu sos spagetti tu aku gune kimball dek aku meragui prego. Dulu prego kan ada isu. Terus aku takleh go.

 Potong dadu bawang putih bawang besar dan capsicum. Nak guna bawang holland pun okay. Aku ni main guna aje apa yang ada kat dapo.

 Lepas dah naik bau wangi-wangian dari bahan2 tumis tu masukkan ayam kisar. Biar sampai masak. Effect gambar aku sampai nampak asap tau. muahahaha.

  Bila ayam dah masak masukkan pulak sos spagetti kimball tu. Then masukkan sosej ke bebola ke cendawan ke. Letakkan ikut kemewahan bahan korang. Kalau pekat sangat aku masukkan air sikit. Biar banyak sikit kuah. Garam secubit. Takut kurang rasa after masukkan air kan.

 Yang ni pulak buat sos putih.

1.   2 sb mentega
2.    4 sb tepung gandum
3.  1-2 cawan susu segar 
4.   115g keju cheddar (aku masukkan ikut suka aje, ta timbang pun)
5.   sedikit garam + lada sulah

Aku buat ikut number tu. But aku tutupkan api after mentega dan tepung mixed well. Then masukkan susu segar. Letakkan balik atas api dan kacau sebati. Follow the step seterusnya sampai lah jadi macam kat atas. Kacau jangan sampai berketul. Korang tengok bebetul ye.

  
 Base aku letak yang inti tu dulu. Then lasagna. Then sos putih. Then cheese. Pastu gilir2lah. 



 Taburkan cheese sesuka hati.

 This pic adalah latest lasagna aku buat. Nampak tak sos putih tu macam smooth je kan. Takde ketul langsung. Happy me! Pastu sos merah tu berkuah giler. Yang tu memang aku nak. Aku olah sos merah tu dgn tambah tomato dan cili yang diblend. (4 biji tomato + 3 cili padi) Aku memang suka pedas. Biar lama sikit atas dapo barulah rasa tomato tu tak kuat sangat. Happy me again!

 Base pulak aku letak mashed potatoes. Letak nipis2 je nanti kang muak. Best weh! Yang lain2 tu ikut turutan macam biasalah.

Tadaaaa.. Wallah!

Try hokkay :)

Sunday, 20 March 2016

Resipi Homemade IceCream

Assalamualaikum

Baru beberapa hari tak update belog terus rasa nak meroyan. Haha. Tak sempat nak update sebab hujung minggu my dua hero balik bercuti. Jadi aku duk cari gaduh dengan diowang la. Sekarang kan musim panas. So jangan nak eksyen main luar berjemur bagai. Kena strok haba baru tahu. Banyakkan minum air untuk elakkan dehidrasi. 

Time musim panas ni mesti tekak nak cari yang sejuk je kan. Tiap kali makan order air yang berais je kan. Memang lupa dah sakit urat tu ye. Memang cari penyakit! So alang2 dah budak dua orang tu balik aku pun buatkan la aiskrim. Ni gara2 terpengaruh baca blog Cik Epal la ni. Sebab resipi dia senang sangat. Campak2 pastu mix je sume guna mixer. Sonang keje den.


HOMEMADE ICECREAM 

1) 1 tin susu cair
2) 10 sudu besar susu pekat ( yg ni adjust ikut tahap kemanisan deria korang- ak prefer 10 or 12 kut)
3) 1 biji telur
4) 1 sudu kecil esen vanila
5) 1 sudu besar ovalette (halal kay)


Untuk perisa :

1) biskut oreo
2) milo

Aku sebenarnya nak amik biskut Oreo tapi terambil CreamO. Sampai rumah baru perasan. Tu pun dak adik yg tegur. Dah packing dia hampir sama. Bukan salah aku. Tu pun nak gaduh. Haha.



Then masukkan semua dalam mixer. Lepas tu on je la sampai semua naik pekat, gebu dan creamyyyy. Aku mix dalam 30 minit sampai la nampak pekat macam cream. Nama lagi icecream kan. Harus la penampakan cream tu ada.




Ni masa start mix. Thanks umi for the stand mixer. Umi hadiahkan. Terus semangat nak buat kek selalu sebab tak payah nak tambah muscle lagi. Malas dan aku berpisah tiada.



Penampakan creamy sudah kelihatan. Haa.. kalau nak pekat lagi. On la lagi.



Boleh je kalau nak guna blender tapi haruslah mempunyai kesabaran yang tinggi la kut kalau nak tunggu sampai jadi creamy macam tu. Kawan aku dah try guna blender tapi katanya tak menjadi. Tak pasal buang je semua. Korang try la which better sebab aku tak try lagi guna blender.




Dah siap tu korang asingkan la dalam bekas untuk buat ikut perisa korang. Macam gambar kat atas tu. Tu milo okay.

Aku kan nak buat perisa oreo. So aku tinggalkan portion adunan dalam mixer tu sebab aku nak campur dengan biskut oreo yang dah aku patah-patahkan.


Oreo yang sudah dipatah-riukkan oleh jari jemariku yang kental ni. Lepas tu masukkan dalam mixer. Mix lagi sekali biar nampak tekstur habuk2 oreo gituhh.


Last sekali. FREEZE kan.



Layer bawah perisa vanilla.
Perisa oreo.
Perisa milo.
   

Haaaa.. tu lah hasilnya. Ada la dapat dua tiga empat bekas. Nasib baik jadikk sebab sebelum ni aku buat guna resipi whipping cream. Ya Tuhan macam pelik pulak rupanya. Keras hok aloh. Boleh bengkok sudu aku time nak makan. Haha. Ni mungkin salah aku bukan salah resipi. Orang lain buat jadi aku buat tak jadi dengan resipi yang sama. So salah siapa???

Mula2 kan semua eksyen tanak makan icecream aku buat. Semua jeling sebelah mata je tengok icecream aku. Puiii sengaja nak jatuhkan skill kita kan. Takpe Takpe. Jadinya nak dijadikan cerita bila aku balik dari berexercise untuk membakar lelemak yang terkumpul. Aku tertidur (hasil makan nasi lemak lepas exercise). Bila aku bangun dan teringatkan icecream maka aku lelaju ke arah peti ais. Bersama bayangan yang indah2 tentang homemade icecreamku. Bila buka peti ais. Tengok2 tinggal satu bekas je icecream aku yang ada. Hancur angan2 aku. Mana yang lain??!! Ni aku nak syak sape ni. Mesti keje lelaki2 yang ada dalam rumah aku la ni. 


Sabo je la. Jangan lupa try tau. Buat untuk family lagi best. Selain jimat dan selamat. Ya aku ni akan cari jalan untuk jimat dalam segalanya. Gunakan barang yang ada sudah. Jimaattt bukan kedekut. Kikikiiki.



Bye!




Tuesday, 15 March 2016

Resipi Pizza Ayam Ala Mak Jemah

Assalamualaikum

Semalam aku MC so tak datang keje laa. Tak ada masa la jugak aku nak mengadap komputer lama2 macam kat pejabat kan. Just enjoy the MC much mucho. Owh lupa sekarang kan dah cuti sekolah. Banyak betul jemputan kawen kan. Kawan sana kawen kawan sini kawen. Rasa macam cepat betul diowang ni kawen. Rasa macam baru lagi main kejar2. Jangan la kawen cepat sangat. Aku ni tak banyak duit lagi nak belikan hadiah untuk korang. LOL.

Okay tinggalkan semua citer2 kawen tu. Nanti kau akan gedik2 rasa nak kawen jugak. Meh sini tengok resipi kakyong nak share ni. Semalam aku gigih nak buat pizza sebab nak try skill buat doh roti. Sebelum tu aku dah buat roti tapi ada yang hangussss. Haha. Sedih. Salah setting time bakar. Try and error. Kalau tak salah tak tahu kan kat mana kurang. Belajar dari kesilapan laaa. Tu laaa lepas pergi kelas tak terus try buat sendiri. Tu jadi macam tu. Dasar pemalas!  

Cuti sekolah ni dak adik balik. So dia request nak makan pizza. Kebetulan kan aku selalu godek2 blog kak FL. Ternampak la resipi nak buat pizza. So petang tu terus pergi giant beli bahan. Gigih tak gigih kakak kau ni dik. Time lunch hour tu la time aku tolak troli sana sini kat giant tu. Eh lupa bukan troli tapi bakul. Gila berat woii. Dah la aku ni cinoett je.

TOPPING  :
1) Ayam kisar (aku guna separuh je sebab kedekut)
2) Lada benggala (kuning/merah/hijau - ikut suka la kan)
3) Bawang kuning
4) Tomato
5) Susu Segar
6) Cheddar cheese
7) 3 sudu besar tepung gandum

Aku ni sejenis makhluk yang kedekut dan semua nak buat sendiri. Even kekadang aku boros tapi time mood aku kedekut semuanya aku nak jimat. Semuanya aku rasa aku boleh buat sendiri sebab keyakinan yang tinggi mengatakan yang kalau aku buat sendiri lebih sedap. Ewah ewah bongkak betul kau! Gurau. Gurau. Tapi aku ni memang suka try buat benda baru dan sendiri. Yang doh tu korang search la ye. Macam panjang sangat aku nak share sini.

First aku masak yang ayam tu. Takkan pizza kau nak dull je tanpa bahan2 protein yang menambahkan lagi kesedapan kan. Aku potong separuh bawang dan lada benggala menjadi bentuk dadu. Yang capsicum tu jer aku potong dadu. Yang bawang tu aku potong ikut suka hati. Masakkan bawang sampai naik bau then baru masukkan capsicum yang dah dipotong. Lepas kacau2 sikit baru masukkan ayam kisar. Aku guna ayam sebab orang2 rumah aku tak suka daging. Aku sendiri lebih prefer ayam daripada daging. Jangan lupa letak garam tau. Oke siap!

Then aku buat homemade puree tomato. Disebabkan aku nak jimat. Aku eksyen nak buat sendiri. Aku godek2 resipi kejap then buat resipi sendiri. Ciss baik ta yah usha resipi kan. Yang ni senang je. Aku blend tomato then aku masakkan dalam periuk. Kacau2 sampai la nampak pekat. Letak garam sikit. Then tutup api tu kay!

puree tomato yang dah siap. Tadaaa


Aku ni suka sos putih ada sekali. Jatuh cinta kat sos putih ni time aku buat lasagna dulu. Tak tahu la sos putih ni memang kejadian dia memang sedap atau sebab aku buat tu yang jadi sedap. Ciss riak takabbur lagi. Yang ni pun senang je. Masukkan 300 ml susu segar dalam periuk then kacau. Then masukkan 3 sudu besar tepung gandum. Always kacau jangan sampai berketul. Masukkan garam secukup rasa. Tapi biasanya aku suka taburkan serbuk lada putih kat dalam tu. Ada rasa catchy sikit. Bila dah nampak pekat then tutup api. Ingat tau guna api perlahan je. Jangan nak excited sgt guna api besar. (lupa nak snap)

Oke setel yang bahagian topping tu semua. Dah tu tunggu apa lagi. Canai la doh korang untuk buat pizza kan. Lepas tu letak topping tu semua. Mula2 aku spreadkan puree tomato then sos putih. Pastu aku taburkan ayam biar nikmat sikit time makan sebab banyak ayam. Hee. Lepas tu letak la ikut hati yang gumbira.. onion, capsicum, cheddar cheese. Haaa tabur and letak semua seperti dunia ini kau yang punya. Bahahaha.

 Ni hasil yang dak adik buat. Khononnya nak buat ala pizza hut la. Yang ad cheese meleleh kat tepi. Semangat dok pintal tepi tu. HAHA. Bukan main silang lagi kau punya capsicum dik :p



Ni pulak yang aku buat. Nampak meriah berselera lagi menakjubkan kan? Oke takyah mention kakyong tau. Hehe. Ni aku buat khas untuk internmates aku yang shomel2 sebab diowang request nak jugak.


Nanti try la ye resipi ni. Senang amat uols. Eh lupa nak cakap bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 20 minit tau. Tapi depends atas jenis oven korang jugak. Happy meal happy tummy :)

Akak office dah intai2 kite duk berbelog. Kita malu. Jadi kita decide sampai sini je la.

Bye!

Sunday, 13 March 2016

When Abah Kena Warded (Part II)

Assalamualaikum

Balalalala. Ah rindu Baymax! Aku selalu tersungkur awal kalau malam. Semalam pun aku boleh tertido kat rumah mak sedara aku. Tengok aku ni jenis ada tempat landing best je terus mata main pejam. Stress tau sebab uncontrol mata ni. Orang panggil kat tepi telinga pun. Memang tak la aku nak respon. Pejam mata lagi best.Yang ni memang dah sebati dalam diri aku.

Sambung cerita pasal abah. Jangkitan kuman (or nanah) kat hati abah sebenarnya besar la jugak. Setiap hari aku akan pastikan aku updated pasal abah dgn Dr. Kalau nak tahu sistem badan kita yang lain akan terganggu bila sistem hati kita diganggu. Means macam ni la when ada nanah kat hati abah. Sistem tubuh lain terganggu macam color air kencing warna oren pekat, kaki sembab, badan akan jadi kuning (jaundice) dan simptom2 lain. Ni disebabkan sistem hati kita tak dapat berfungsi like normal. Dan ni juga akan melibatkan buah pinggang sebab tu air kencing pun color ta seperti normal. Oke yang ni doc terang kat aku. Then aku yang terang pulak kat family aku. Sebab tu aku kena hadam betul2 dulu apa yang doc cerita. Terus rasa macam nak jadi doktor jugak sebab dapat belajar banyak benda pasal tubuh.

Actually jangkitan kuman kat hati abah ada di belakang hati. So susah sikit la doc nak buat operation sebab doc bimbang akan berisiko. Doc decide untuk bagi antibiotik secara berterusan until ada perubahan. Episod kesabaran yang amat kuat untuk family aku. Umi selalu kuatkan kami adik beradik untuk kuatkan abah. Iyelah kan abah tak pernah sakit. Tapi bila sakit dah jadi macam ni. Masa aku balik hari tu aku terus ke hospital dan tak pernah balik rumah. Baju pun aku kirim kat umi suruh bawak dari rumah. Aku sehelai sepinggang kut. 3 hari lepas tu baru aku balik rumah. Tu pun kejap2 sebab abah nak aku yang temankan dia. Sebak weh.

Setiap setengah jam kiteowang bergilir titikkan ubat kat mata abah. Ubat penghapus kuman. Dalam beberapa minggu abah tak dapat bangun. Just terbaring jer. Abah pun selalu demam. Kaki pum sembab. Solat pun sambil baring. Kencing pun kena tadahkan. Walaupun aku rasa nak menangis tapi aku cuba kuat. Sebab adik2 aku ada. Diowang yang jaguh di mata aku pun menangis dan mengadu kat aku. Masa tu aku rasa diowang perlukan kekuatan daripada aku. So aku tak boleh menangis melainkan bagi kata2 positif. Aku tahu abah macam down bila dia sakit ni. Adik aku cerita abah terdiam bila doktor bagitahu mata abah takkan dapat tengok lagi. Yes my kental adik menangis sebab dia paling rapat dengan abah selain aku.

So sepanjang aku jaga abah kat sana aku selalu ajak dia berborak sebab tak nak abah fikir bukan2. Selalu cerita benda2 yang positif dan selalu ajar abah apa itu sabar. Sabar dan terus sabar. Banyakkan memohon pada Allah. Ujian ni memang sangat mengajar kami untuk sabar. Seriuslyyy. Badan abah pun makin susut. Setiap pagi abah need to jumpa doktor mata untuk follow-up mata dia nak tengok sama ada progress ke tak. Alhamdulillah everything going well.

Dalam tempoh sebulan lebih tu banyak benda yang kami belajar. Belajar apa itu sabar. Belajar apa itu syukur. Belajar apa itu kuat. Belajar apa itu takdir. Belajar apa itu keluarga. Belajar apa itu redo. Belajar apa itu kebergantungan pada Allah. Banyak dan sangat banyak. Sampai tak terhitung apa yang Allah berikan pada kami supaya kami kembali pada jalanNya. Setiap minggu ada pakcik2 yang dalam wad sama tempoh dengan  abah meninggal. Dah la pakcik2 tu semua yang duduk katil sebelah depan belakang kiri kanan dengan abah. Aku pernah terdetik yang aku takut kalau abah pun pergi sama. Hari2 aku doa moga Allah panjangkan umur abah sebab aku perlukan abah sangat. (aku sangat manja dengan abah).

Kiteowng bergilir jaga abah. Kalau aku dapat balik. Aku akan jaga gantikan adik dan umi yang dah letih jaga masa aku balik nilai. Kalau dak angah balik. Dia pulak yang gantikan. Macam tu lah kami sampai la nampak perubahan abah yang semakin sembuh. Abah dah selera makan. Dah boleh berjalan. Dah boleh bergurau. Dah boleh exercise berjalan dari katil ke pintu wad pastu duk sapa staf nurse kat kaunter. Ewah abah aku! Nasib baik semua nurse tu dah kenal abah. Semua duk puji cakap abah dah makin sihat. Terima kasih Allah.

Thanks kepada semua yang datang tengok abah dan sentiasa doakan kesihatan abah. Yes semua orang terkejut bila dapat tahu abah sakit. Sebab semuanya tiba2 dan sangat cepat. Thanks jugak kepada nurse2 dan doktor2 yang jaga dan rawat abah sampai semua dah kenal. Hehe. Pengalaman berkampung di hospital dan alhamdulillah Allah masih berikan peluang untuk kami balik ke rumah dalam keadaan sihat.

Sekarang abah dah sihat. Dah boleh melakukan aktiviti macam dulu2. Tapi abah still kena followup dengan doktor ikut temujanji. Kuman dalam darah abah dah makin kurang. Nanah di hati pun dah kecik sikit. Mata pun dah bebas kuman tapi mata abah memang dah tak nampak. Tapi syukur Allah masih pinjamkan lagi satu mata. Nikmat manakah hendak kami dustakan?

Terima kasih sebab baca. Terpanjang pulak entry.

Bye!

Wednesday, 9 March 2016

When Abah Kena Warded (Part I)

Assalamualaikum

Olalala. Tadi lepas habis lunch dan solat sume aku pun duk layan blog kak FL yang post dulu2. Boleh la nak duk gelak sorang2 kejap. Aku tak giler pun cuma bosan. Kau tau kan bosan bila terpaksa ngadap komputer tapi tak ada kerja sebenarnya. Ikut hati nak aje aku ambil kunci kereta terus bla balik rumah. Over kau kan! Siruesss aku bosan. Tapi tak apa lah aku cuba la nak isi keindahan kebosanan ni dengan story ciked.

Hujung tahun lepas adalah ujian yang paling besar buat aku sekeluarga. Masa tu aku dah nak final exam rasanya. Final year ni kiteowang ada study week dua minggu. Sebenarnya seminggu je. Jangan kau mengada sampai dua minggu. Tapi disebabkan budak2 final year ni start exam lambat daripada dak junior tu sume so berhibur sikit la akak ni. Gila ta ingat exam ke apa.

Ok back to story. Nak dijadikan cerita lepas abah hantar aku balik nilai sebab aku tak larat nak drive sorang. Abah demam. Mulanya aku ingat abah demam biasa jer tapi dah sampai empat hari tapi demam abah still tak kebah. Aku pun dah naik pelik. Umi bawak abah terus emergency room kat hospital. Nasib baik la dak adik ngah cuti sebab cuti sekolah. Dak IPG kan. So dia yang banyak tolong parents. Aku yang kat nilai ni dah fikir macam2 dah. Dah serabut. Dah kusut. Dah tak boleh pikir apa dah. Belajar pun tapi fikiran kat lain. Ya Tuhannn...

Tak lama lepas umi col cakap abah kena warded sebab denggi. Aku dah dupdapdupdap. Lepas tu umi cakap yang doktor syak abah mungkin kena kencing tikus. Masa tu aku dah berjurai air mata. Since aku dah dengar macam2 pasal kes kencing tikus ni. Aku ni pun terus search pasal tanda2 kencing tikus bagai sambil menangis. Housemate yang faham dengan perangai aku yang manja dan cengeng ni tak putus2 pujuk aku dengan positive words. Oh tenkiu sangat guys!

Dan yang latest umi bagitahu yang abah kena jangkitan kuman. Masa tu aku dah rasa lega sikit sebab abah bukan kena kencing tikus even masa tu aku still tak tahu abah kena jangkitan kuman kat mana. Setiap hari aku updated pasal abah. Aku sentiasa call sampai umi pun dah tak larat nak angkat dan umi cakap nanti kalau apa2 baru umi col. Oke aku faham sebab masa tu still macam kelam-kabut lagi. Start aje study week aku terus tempah tiket flight balik. Sepanjang aku belajar aku tak pernah balik study week kau tau. Tapi kali ni aku wajib balik for my family. Kalau aku kat Nilai pun aku tak mampu buat apa2 melainkan menangis dan berdoa. Thanks Mi sebab belikan tiket flight untuk aku dan hantar aku ke airport sambil tengok aku meroyan menangis tak henti bagai.

Waktu aku balik tu abah kena operate mata. Dalam tiga hari kat wad abah mengadu yang mata sebelah kanan dia kabur. Terus umi mention kat doktor. Keesokkan harinya abah kata mata kanan dia dah tak nampak. Terus abah kena rujuk dengan doktor pakar and the doctor said yang kuman dah merebak ke mata abah. Doktor inject antibiotik for see the progress but bila tu sume no progress abah kena operate secepat mungkin. Hati aku remuk bila doctor said  berkemungkinan mata kanan abah takkan dapat lihat lagi. Masa berita ni aku masih di Nilai dan baru nak ke airport, And yes aku menangis lagi dan lagi.

Sampai je hospital aku terus ke wad. Nasib baik abah tak masuk dewan bedah lagi. Dalam hati aku dah nasihat diri sendiri siap2 supaya tak menangis depan abah. But bila depan abah aku kalah when abah pegang tangan aku kuat giler. Ya Tuhann dugaannye bila tengok abah macam tu. Mata abah dah merah. Badan abah panas dan sangat lemah. Hanya mampu pandang aku tanpa senyuman. Aku noticed yang badan abah nampak kuning sikit (jaundice, sebab sebelum ni aku dah search kan). Then abah ditolak masuk OR. 

Aku hanya berdoa moga operation goes well. Sepanjang operation aku bacakan yassin untuk abah bersama linangan air mata. Lagi. Aku tak kuat untuk ini. Almost 3 hours operation aku terus updated dengan doktor pasal abah. Alhamdulillah everything going well tapi abah kena selalu dipantau. And once again i asked the doctor either my father's eye will be back to normal. Doktor cakap Dr ta janji sebab setakat ilmu yang dia ada mata kanan abah mungkin takkan dapat lihat lagi. Speechless again. Tu baru pasal mata abah. Actually jangkitan kuman tu ada kat hati. Sebab tu abah jaundice. Dan abah need rawatan untuk itu. Doktor cakap abah perlu stay almost 4-6 weeks to recover through continuous antibotic.

Oke nanti aku sambung lagi. Dah nak balik kerja dah.

Bye!