Thursday, 22 September 2016

Lasagna Ayam

Assalamualaikum

Aku kan pernah mention duk umah memang aku akan masak kalau rajin. Kalau okay. Hahaha. Tiap kali adik2 aku ada kat umah memang wajib aku akan buat ni. umi abah pun suka sebab diorang memang susah sikit bab makanan western ni selain chicken chop tak habis2. Masa first time aku buat terus jadi dan diorang suka. Fuh nasib baik!

So malas bebel bebanyak. Meh aku share resipi lasagna ayam yang biasa aku buat ni. Sebelum aku buat ni aku dah khatamkan banyak utube pasal lasagna ayam tau. Step by step aku perhati lepas tu aku compare then olah ikut selera sendiri pulak. Resipi aku ni as simple as single lady. Kemain.

 Inilah barang2nya. Simple je. Kalau nak tambah cendawan ke apa ke. Ikut selera korang lah kan! Pastu sos spagetti tu aku gune kimball dek aku meragui prego. Dulu prego kan ada isu. Terus aku takleh go.

 Potong dadu bawang putih bawang besar dan capsicum. Nak guna bawang holland pun okay. Aku ni main guna aje apa yang ada kat dapo.

 Lepas dah naik bau wangi-wangian dari bahan2 tumis tu masukkan ayam kisar. Biar sampai masak. Effect gambar aku sampai nampak asap tau. muahahaha.

  Bila ayam dah masak masukkan pulak sos spagetti kimball tu. Then masukkan sosej ke bebola ke cendawan ke. Letakkan ikut kemewahan bahan korang. Kalau pekat sangat aku masukkan air sikit. Biar banyak sikit kuah. Garam secubit. Takut kurang rasa after masukkan air kan.

 Yang ni pulak buat sos putih.

1.   2 sb mentega
2.    4 sb tepung gandum
3.  1-2 cawan susu segar 
4.   115g keju cheddar (aku masukkan ikut suka aje, ta timbang pun)
5.   sedikit garam + lada sulah

Aku buat ikut number tu. But aku tutupkan api after mentega dan tepung mixed well. Then masukkan susu segar. Letakkan balik atas api dan kacau sebati. Follow the step seterusnya sampai lah jadi macam kat atas. Kacau jangan sampai berketul. Korang tengok bebetul ye.

  
 Base aku letak yang inti tu dulu. Then lasagna. Then sos putih. Then cheese. Pastu gilir2lah. 



 Taburkan cheese sesuka hati.

 This pic adalah latest lasagna aku buat. Nampak tak sos putih tu macam smooth je kan. Takde ketul langsung. Happy me! Pastu sos merah tu berkuah giler. Yang tu memang aku nak. Aku olah sos merah tu dgn tambah tomato dan cili yang diblend. (4 biji tomato + 3 cili padi) Aku memang suka pedas. Biar lama sikit atas dapo barulah rasa tomato tu tak kuat sangat. Happy me again!

 Base pulak aku letak mashed potatoes. Letak nipis2 je nanti kang muak. Best weh! Yang lain2 tu ikut turutan macam biasalah.

Tadaaaa.. Wallah!

Try hokkay :)

Tuesday, 20 September 2016

Sekayu Waterfall, Trg

Assalamualaikum

Kalau dah rajin nak update. Hari-hari rasa nak update. Kebetulan aku ngah delete and susun gambar2 dari tab aku tu. So baik aku sharekan terus gambar2  dalam ni selain dapat share sesi berjalan aku ni. Serius aku memang pantang orang ajak berjalan. Laju aje kaki ni. Family aku pun dah bagi aku gelaran kaki jalan. Tak kisah sebab memang aku suka. 

This time aku pergi air terjun sekayu kat Kuala Berang. Ni pun kat terengganu jugak ye. Memang nak jalan area ganu je aku ni sebab of course jimat bajet. Plan ni rancang last minute dan aku ingat tak jadi dah. Tapi bila semua semangat nak pergi jadi plan on! Aku pergi seminggu lepas aku pergi pulau kapas. Muka pun tak hilang lagi menggelupas kesan main pantai. Ni nak pergi main air terjun pulak. Heaven sangat kan sampai umi abah geleng kepala. Tapi main point kitorang nak pergi sana sebab nak jumpa ucu kitorang yang memang duduk kat kuala berang . Masa tu dia dah nak balik jordan dan kitorang tak jumpa2 dia lagi. Maka haruslah kami ke sana sambil liburan gitu loh.

Malam tu dah plan siapa yang nak bawak makanan tu makanan ni. Air gelas pinggan. Semua lah! Lepas mandi mesti lapau kan. Jadi bawak sesiap makanan. Tak payah singgah beli makanan kat mana2. Pukul 9 pagi terus gerak ke sana after pickup anak2 dara yang lain. Pergi sebuah kereta aje senang. Dalam 1 jam perjalanan kami sampai umah ucu untuk pickup dia dan terus pergi sekayu. Memasing dh tak sabar nak berenang.








Aku sebenarnya dah lama tak datang sini. Paling last aku datang sini masa aku sekolah rendah. See dah berapa tahun aku tak jejakkan kaki ke sini since umi abah aku memang tak suka sangat datang tempat-tempat macam ni. Ni pun abah tak bagi aku mandi. Dah sampai sini pastu rasa air sejuk macam ais terus aku lupa janji aku kat abah. Haha. Sorry abah! Abah bebel bila dapat tahu aku mandi. Uhuk. Sekali sekala.

Tapi kan kat sini macam tak terjaga sikit lah. Kalau korang perasan yang view belakang tu dah semak samun meninggi. Pendek kata tak seindah dulu sebab tak terjaga sangat. Sayang betul! Ha lagi satu peringatan kat ladies yang nak pergi sini. Pandai2 lah amik port yg selesa dan selamat sebab kekadang ada jugak mat2 skodeng yang nak intai korang bersukaria. Kitorang panggil abam2 hitam. Haha. So beware!


 


Makan tengahari kat umah ucu sambil sembang2 mengenang kisah dulu dan update story terbaru. Best weh bila dah lama tak jumpa macam ni. Dah macam reunion balik. Sekarang ada yang ngah belajar habis belajar dan yang dah kerja pun ada. Nanti diorang nak kawen pulak. Cepat betul masa!

love

Sekian story dari Hutan Lipur Sekayu. Meh la spend weekend kat sini. Air sejuk bak hang!


Pulau Kapas, Trg

Assalamualaikum

     Ohoiiii dah berapa bulan aku tak update belog ni. Last update meroyan pasal kawan nak kawen. Ekceli aku dah habis dah intern dan dah berapa bulan aku tanam anggur kat umah. Time free ni la aku spend buat apa yang aku suka. Aku amik kelas menjahit dan pada masa yang sama aku amik order cheesetart sikit2. Memana yang sempat la kan. Aku pun upgrade la jugak skill masak aku yang sangat tumpul ni. Nanti kan nak kawen. Ewah tetibe.

     Kali ni aku nak story pasal hobi baru aku. Itupun setelah diinspirasi oleh adik kesayangan. Travel! Banyak hikmah dan manfaat daripada travel ni tau sebab tu aku jadi addicted. Hari tu aku pergi pulau kapas dengan family kawan aku. Disebabkan dah rapat family dia dah macam family sendiri. Sejujurnya aku tak pernah pergi pun pulau-pulau kat terengganu ni. Nama aje orang ganu! Bila kawan-kawan tanya pasal pulau kat terengganu memang aku geleng je la. Kalau nak story macam menipu sangat lah sebab aku sendiri pun tak pernah sampai. So sementara free ni aku pun wajibkan untuk pergilah. Kos pun dalam bajet lagi dan abah umi izinkan. So yeahaaa! Aku pergi ni daytrip tapi itu pun dah puas hati dah weh. 

     Masa tu kitorang gerak dalam pukul 9 pg ke jeti Marang. Dalam pukul 10 dah sampai kat jeti then terus pergi beli tiket kat kaunter. Kitorang amik pakej yang RM 45, harga bot + snorkeling. Kalau tak sekali dengan snorkeling harganya RM 30 sahajo. Okay la kan. Lagipun tak ramai sangat orang kat jeti masa tu mungkin sebab hari jumaat kut. Mungkin lah! So sementara tunggu turn nak naik bot kekami pun melenconglah beli itu ini. Kat sana ada pasar pagi masa hari jumaat. Jadinya bolehlah beli makanan nak di bawa ke sana.

     Aku tak sempat nak amik gambau atas bot sebab bot laju nak mati. Topi yang aku pakai pun nasib baik tak terbang tengah laut tu. Pinggang aku ni pun macam nak riuk bila bot tu terlompat2 macam naik kuda weh. Sungguh aku tak tipu. Dalam hati ni memaki je abang bawak bot tu. Sampai tak sempat nak zikir dibuatnya. Patutlah awal2 abang tu pesan suruh pegang kemas2. Ini rupanya! Turun bot terus aku bebel. Sakit hati tahu.

   
welcome!

     Sampai aje sana terus tanya pasal snorkeling  dekat pondok yg ada barang2 snorkeling tu. Kitorang tunjuk tiket je. Disebabkan masa kitorang sampai tu dah nak dekat solat jumaat. So bot untuk snorkeling tu stop kejap dan akan sambung dalam pukul 3. Kekami malas nak tunggu sebab lambat kut. Pukul 5 ptg dah nak gerak balik. Jadinya kekami mintak jer barang2 snorkeling tu awal2 dan bagitahu nak snorkeling sendiri. So angkutlah jaket dan goggle dengan riangnya. Diowang semua ni pulak tak pernah snorkeling pastu mintak aku ajarkan sebab aku pernah ada pengalaman masa kat Pangkor hari tu. Woiii itupun dah lama. Telan air masin je lah kau nanti.

semua pakai goggle kau pakai topi dengan spek. Helok sangat lah tu!




Letih dah berenang berjalanlah pulak

Puas hati aku dapat selam diri dalam air laut tengok ikan-ikan berenang depan mata. Sampai menjerit-jerit bila tengok ikan belang-belang macam nemo main kat tangan. Air dia jernih nak mampuih. SubhanAllah! 

     Kat sana kiteowang cari port paling tak ramai orang, teduh dan privasi sikitlah untuk pasang khemah. Jadi senanglah nak tukar baju dan solat. Wudhu' tu guna air laut je. Memang taklah kan kiteorang nak pergi kat tempat memula sampai tu sebab jauh sangat dari port kitowang. Kalau kat sana memang ada surau dan tempat persalinan kut. Aku takleh share sangat yang tu sebab aku tak pergi. So kalau korang rasa malas nak berjalan jejauh dari port korang tu bawaklah khemah. Senang!
     Pasal makanan pulak tak payah risau. Bawak aje makanan dari rumah. Sedap lagi menjimatkan. Lagipun fefaham ajelah tempat pelancong ramai pergi haruslah mahal barang2nya. Jangan pikir banyak! Bawak naik aje barang banyak2 dalam bot tu. Tak ada orang nak marah. Mat minah saleh bawak luggage kut. So tak ada hallah setakat makanan beberapa beg aje. Hok aloh!

tu port kami dengan siap pasang khemah hokkay

Next lepas selesai semua tukar baju dan solat asar kitorang pergi panjat bukit singa pulak. Ya Allah tangga dia tak payah nak cerita la. Curam mak aih. Kalau kau jenis gayat kau zikir je lah bebanyak. Orang cakap kat puncak cantik sebab dapat tengok view. Aku punya lah berangan nak bergambar atas sana tapi tak kesampaian. Ni semua sebab orang cakap tak ada jalan nak ke puncak tu. Aku tak pastilah sama ada diorang yang tak jumpa ke macam mana. Malas dah nak panjat lagi. Badan dah penat main air. Muka pun dah rasa pedih giler. Terbakor rasanya. So kitorang end up bergambar kat bawah tu. Itupun view cantik gak. Jadilah!


that tangga so scary!

                         






     Cantik kan view kat sana?? Cantik sangat!!Aku rasa worth giler spend rm45 untuk dapat view dan memori yang best macam ni. Tengok memasing punya pose pun boleh tahan! Ala-ala friendship photoshoot gitu. Rindu la pulakkkk.

     Kitorang gerak balik dalam 5.30 ptg macam tu. Masa tu dah ready sesiap kat tempat kitorang sampai mula2. Korang kena tanya bot balik pukul berapa sebab tak banyak bot kat sana. Takut terlepas. Ada bot yang balik lambat. So better korang tanya. Nanti kang menangis tak berlagu sebab tak boleh balik. 

Ni dah otw balik dah. Bot pun slow motion aje. Tak menggila macam awal tadi. Kalau tak memang tak dapat nak duduk setenang tu. Haha.

Sekian story dari pulau kapas. 

Hope entry ni dapat bantu kalian yang nak pergi sana. Since aku ada post gambau kat ig pasal ni jadi ramai yang tanya itu ini. Ini aje sharing yang dapat aku kongsikan untuk yang bertanya. Selamat melancong!








Wednesday, 13 April 2016

When Your Gurl Will Get Married

Assalamualaikum

Dah April dah. Hari ni pun dah masuk 5 Rejab. Lagi 2 bulan nak masuk Ramadan. Cepatnya. Ramadan.. bulan yang dirindui oleh umat Islam. Tapi puasa dah ganti ke gurllss??!! Post kali ni lebih kepada peribadi mungkin. Mood hari ni macam nak meluahkan pendapat melalui pengalaman yang dilalui. Mungkin yang lain pernah melalui perkara yang sama. Dan mungkin juga tidak. Dan mungkin akan melalui. Nobody knows kan!

Macam mana perasaan bila kawan2 kita beritahu yang diowang nak bertunang, dah bertunang dan akan berkahwin? Dan mungkin dah kaweengg pun.

Siap bold kau. Haha. I don't want to talk about jealousy because that's not my point now. But my point more on time, memory, relationship and all sweet moments together with friends. Yes, memang aku tak nafikan yang kita semakin membesar bersama tanggungjawab yang mendatang. Semakin besar semakin banyak tanggungjawab. Daripada pelajar kepada pekerja. Daripada bujang kepada berdua. Itulah putaran roda hidup yang akan dilalui sebab kita takkan berada pada tempat yang sama sentiasa. Mesti ada plan hidup kan. Mesti ada perubahan yang nak dilakukan dalam diri.

okay back to the topic. Di sebalik rasa happy sebenarnya aku sedih jugak bila tengok kawan2 aku dah mula menukar status. Haha. Cisss sampai menukar status ayatnya. I don't find the rite words. Aku sedih sebab aku dah tak ada teman melepak. Dah tak ada teman bergosip meluahkan perasaan. Lambat reply whatsapp kita masa ngah meluahkan perasaan dan terus rasa blurr nak sambung citer sebab krik krik krik. Lepas tu dah tak ada teman nak holiday travel sama2. Dah tak ada yang nak teman buat kerja gila sama2 sebab dah kena jaga laki. Huh. That's kind of childish feeling of me. Macam tak matang kan aku. Tapi sedih. Susah nak terima kenyataan tu. Serius.

"Aku nak kawen dah...."
"What???!! Siyes ahhhhhh"
"Siyess ah niiii... takkan memain pulakkk"
"bla.. bla... bla.. blabla.. blalalala"

Aku faham la the gugurls ni when one of your friends announce that she'll get married. Sebab aku pun akan jadi 'makcik' inside me. Kadang2 bukan seorang pun yang nak buat majlis. Berderet. Macam berpakat pulak nak buat majlis tarikh sama atau dekat2. Kalau perempuan ni kan common questions from them mesti ada ni. Mestiiii. Dengan siapa? Di mana? Bila? Macam mana jumpa? Hensem tak? Keje apa? Umur berapa? Gurls will always gurls. Kalau boleh semua 5W1H yang nak ditanya. Haha. Tak caya. Cuba lah. Kalau group yang krik krik krik dah setahun tapi bila post jemputan kawen maka berjuta noti la yang keluar kat whatsapp kau dalam sehari. Amazing kan? Takpe. Takpe. I feel you. Siapa yg mute kn group macam aku sbb stress?? Sama!! Sep ciked!

Tapi kalau aku sendiri bila kawan aku nak kawen. Aku akan pandang dia pastu tanya soalan ni. Kenapa cepat sangat nak kawen? Kata nak tunggu sama2? Haha. Physcho kan dia sampai dia rasa bersalah. Sampai dia rasa goyah dengan keputusan dia. Kehkeh. And then kawan aku akan gelak aje. Speechless nak jawab soalan aku. Jodoh tu kan kerja Dia. Okay. Okay. Sengaja je nak test. Jangan la sampai kecam aku. Perkara yang baik takkan aku nak halang. Lagi2 kalau orang tu kawan aku sendiri.

Aku rasa kalau aku dah kawen aku takkan ada perasaan ni lagi kut. Sebab dah ada teman kan. Mungkin. Tapi friendship never end! Tanggungjawab pada suami diutamakan tapiiii kawan jangan dilupakan pleshhh. Sedih ah! 

Wahai kawan2 yang masih bujang seperti aku. Jangan lah memberontak kalau kawan korang yang dah kawen tu tak dapat bagi komitmen sepenuhnya dalam friendship korang. Tak dapat bagi respon sepenuhnya dalam momen luahan perasaan korang. Terlambat nak jadi mak jemah untuk story korang. Jadi memahamilah situasi mereka yang dah bertukar status itu sebab diowang mempunyai tanggungjawab lain yang lebih besar. Kalau derhaka tak masuk syurga kawan kau nanti kang. Alah nanti korang akan melalui perkara yang sama jugak kalau diizinkan Allah. So don't worry. Kawan korang tu tak lari atau melupakan korang cuma diowang ada keutamaan yang perlu didahulukan. 

Nanti ada la tu meroyan cakap yang lepas kawengg kawan korang dah lupa friendship yang berbelas tahun. Korang dah bukan kepentingan lagi. Pastu kau merajuk. Left group. Unfollow ig. Unfollow twitter. Block fb. Haaa apa lagi. Haha. Janganlah meroyan macam tu sekali. Trying to be understanding friends kay.

Tu je la aku nak share hari ni. Actually aku masih tak percaya yang kawan2 aku dah kawengg tapi kenyataan yang diri ni dah memasuki fasa untuk menerima kad kawen kawan2 harus aku terima. Maka aku senyum dengan redo.

Bye!

 




Thursday, 31 March 2016

Week 6 As Intern

Assalamualaikum

Bila mood rajin dah datang. Hari2 aku rasa nak update blog. Kalau tak ada mende nak cerita pun aku rasa nak cerita jugak. Pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke enam dah aku intern. Ada tinggal lagi tiga bulan. Lepas tiga bulan tu nak buat apa ek. Hmmm macam nak kerja kat butik pengantin. Sebab aku minat sangat bab hias-menghias and plan event ni. Kreatiff ke kau?Pfffttt. Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Ok la aku share sikit life aku sebagai intern di pejabat tanah ni. Even tak lah banyak sangat kerja tapi banyak jugak lah aku dapat timba pengalaman dan ilmu baru kat sini. Like said Allah Do Not Put You In That Place Without No Reason rite? 

Kalau awal2 tu aku selalu dapat task bab taip-menaip aje. Taip minit mesyuarat ni. Taip memo tu. Taip maklumat fail ni. Taip contoh dokumen tu. Taip surat ini. Taip surat itu. Nasib baik lah selalu jadi setiausaha waktu sekolah dulu. Jadi tahu la sikit-sikit format surat dan minit mesyuarat tu. Weh mengalahkan kerani dah aku kat sini. Kerani pun macam nak resign sebab tengok aku menaip banyak sangat. wakaka. (tak la banyak sangat pun..) Dulu macam was-was gak la nak guna mesin fotostat. Takut jugak la kalau-kalau aku terrosakkan harta benda kerajaan ni. Tapi sekarang punya konfiden memang tahap dewa la. Nak fotostat apa. Meh serahkan aje kat aku. Punya la berlagak kakyong kau ni kan.

Tapi beberapa minggu ni SV aku mintak aku belajar cara print bil cukai tanah. Dia kata nanti bila dah pindah office aku lah orangnya yang akan diletakkan di kaunter bil tu. Ewah. Apakah kriteria-kriteria orang yang akan diletakkan di kaunter tu. Muka manis. Senyum manis. Masam pun nampak manis. Ewah lagi. Kau ingat kau ada ciri-ciri tu yong. SV kau tu nak kau ada task untuk ditulis dalam report nanti. Supaya kau tak lah terkial-kial untuk presentation nanti. Nampak tak betapa prihatin SV kau terhadap kau. 


Masa ni aku usha dari dalam dulu. Ngah belajar nak 'key in' data.


First time duk kat kaunter. Biasanya aku perhati jer ruangan kaunter tu. Kali ni aku hat duk tekan nombor nak panggil pelanggan. 1 2 3 kaunter 4. Bhahaha. Pastu buat muka excited depan kaunter. Kanak-kanak riang mungkin. Untuk budak macam aku ni memang jakun la. Eleh korang mesti jakun gak kan macam aku. Bukan aku sorang kan yang jakun. Ah kisah pulak kan. Banyak benda baru yang aku belajar kat situ. Bayar cukai tanah. Tukar nama tanah. Term dan kod yang digunakan untuk geran tanah. Macam-macam ah. Kalau nak aku tolong cekkan tanah korang pun boleh. Dah bayar cukai tanah belum?

" Dik, muda-muda lagi dah kerja."
" Owh saya praktikal pakcik."
" Owh tu lah. Nampak macam budak sekolah lagi."

Dah banyak kali dah kena tegur macam tu. Aku kan memang awet muda. Ala umur aku baru berapa kut. Harus lah awet muda. Haha. Dealing dengan orang-orang yang lagi tua dari kita ni memang kena penuh berhikmah. Penuh bersopan. Penuh senyuman gituh, Nak-nak orang yang baru nak belajar macam aku ni. Aku ni jenis yang memerhati. Perhati dulu tiap satu. Kalau tak tahu tanya. Gladly la semua akak2 dan abang2 kat sini jenis eager nak tolong aku belajar. Thanks uols.


 Nah belanja gambar sikit kanak-kanak riang duk kat kaunter. Nampak kita say haiii tau.


Pernah je jumpa junior senior time duk kat kaunter. Tak tahu lah diowang ni cam aku ke tak. Aku cam je diowang. Nak tunjuk aku ni kuat ingatan la khononnyer. Tapi nama aku tak ingat la. Ramai kut senior junior aku. Mana nak ingat semua nama bak hang.


Tu je la life intern aku setakat ni.

Bye!

Tuesday, 29 March 2016

Professional CFA Annual Summit

Assalamualaikum
 
 
Dah seminggu lebih tak mengupdate belog ni. Rasa macam hmm hmm pulak. Kalau bukak je belog ni mesti blur nak sembang topik apa. Then pergi baca blog orang lain. Pastu duk berangan. Pastu berangan lagi. Last sekali log out belog aku ni. Macam tu la aku hari-hari kalau bosan kat office ni. Aku sebenarnya baru sampai dari KL semalam. Sampai Ganu pun dalam pukul 4.30 pagi lepas tu sambung tidoo kejap. Dalam 6.30 macam tu dah dengar suara my ummi yang dah terpacak depan pintu bilik. Dan macam biasa aku akan melompat dulu atas katil sebelum ummi sampai. Kalau tidak mahu bergema jugak la telinga ni nanti. Hehe.
 
Gigih naw aku turun KL. Siap amik tiket flight bagai. Okay yang tu sebab nak tunaikan permintaan my dear lil kezen yang nak naik flight. So temankan la. Baguih naw naw kakyong ko ni mekya. Actually aku baru lepas attend CFA Annual Summit kat Hotel Park Royal. Tu la tujuan asal aku turun KL tu. For first impression memang aku gamam la join seminar korporat macam tu. Iya lah almost semua yang join tu pakai suit berkot bagai. Rasa macam woowww sangat. Mana pernah aku tengok orang-orang korporat yang berjawatan tinggi turun padang. CEO company ni. Peneraju company tu. Yang datang tu pun almost yang kerja kat bank. Bukan calang2 orang. Duduk sembang2 semeja. Share input2 penting. Wooowwww lagi.
 
Aku tak tahu nak share macam mana pasal CFA ni. Tapi main point program ni nak share pengalaman orang2 yang amik Chartered Financial Analyst (CFA) Programme niii. Ramai jugak la yang dah join program ni dan dah ada yang sampai level last. Like seriouslyyy. Aku ingat ramai yang Chinese. Tapi bila diowang naik pentas and sharing moment. Lahhhhh.. melayu rupanya. Muka memasing macam Chinese kut. Lol. Apa yang kagum sebab diowang semua yang jadi volunteers ni, ( diowang ni sume ongoing CFA level 1, 2 & 3)  masih muda2 okay. Skala umur 20-an kut.  Tapi dah kerja bank sini. Bank sana. Almost kat Bank Negara laaaa.
 
Aku boleh share sikit-sikit apa yang aku dapat time join program ni. Sebab kekadang aku ke laut jugak. CFA ni ada 3 level.

 Level 1 (Investment Tools : knowledge & Comprehension).
 Level 2 (Asset Valuation : Application & Analysis).
Level 3 (Portfolio Management : Synthesis & Evaluation).

Topik2 general yang related to CFA ni pulak seperti economics, corporate finance, financial reporting & analysis, equity investment, portfolio management, quantitative method, derivatives, fixed-income investment dan banyak lagi la.

Financial area la. Kalau korang budak finance mesti korang dah terbiasa dengan topik2 ni kan. Pernah dengar kan. Awalnya aku ingat CFA ni just untuk budak finance je. Tapi budak business pun ada. Tak silap nama dia abg Faisal. Sekarang dia dah ongoing utk level 2.
 
Aku sempat la sembang dengan seorang kakak ni. Kak Azi namanya. Dia sekarang kerja kat BIMB as Fund Manager. Masa break sekejap2 tu la time nak grab chance nak sembang dengan yang berpengalaman. Sekarang Kak Azi ngah ongoing utk level 1. Nak amik CFA ada banyak cara nak study katanya. Boleh study sendiri ataupun masuk kelas. Tapi Kak Azi cakap better amik kelas sebab apa yang kita tak tahu kita boleh tanya. Banyak benefit kalau join kelas. Aku ni gatal2 tanya Kak Azi pasal soalan2 CFA susah tak. Dengan penuh seriuss sambil kerut dahi Kak Azi cakap memang susah. Banyak kali akak tu repeat memang susah!! Haha. Sampai naik gerun pulak aku. Tapi kak Azi cakap nak amik CFA ni mesti atas keinginan kita sendiri. Tak boleh nak ikut2 orang. You jump I jump. You tenggelam I tenggelam. Memang nayya la woii.
 
Sebenarnya bila kite sendiri yang pilih nak amik CFA ni. Sesusah mana pun we will put very hard effort for that rite. Eh lupa masa kat sana semua speaking English uols. So cik bedah ni kena speaking la. Haiyyaa. So kalau kita follow orang. Means kita akan seksa diri kalau tak dapat go through the hard situation. Pilih la atas keinginan sendiri. Aku ada tanya jugak sama ada bila lulus CFA ni kita akan terus dapat kerja ke. Sebab aku terpengaruh dan jeles dengan diowang yang muda tapi jawatan dah hebat2 kat bank. Gile tak jeles weh. Kak Azi cakap tu depends atas kita sendiri yang apply kerja. Yelah bila ada CFA ni memudahkan sikit la untuk apply job. Sebab kita ada sijil professional kut. Nak memilikinya saje dah RM5k. Kau hingat senang nak dapat CFA ni??!!

Untuk exam CFA ni ada 120 questions for level 1 and 2. Dua2 level ni MCQ form. Cuma yang level 3 ada MCQ dan esei. Hard level maybe. Tapi semua level susah katanya Kak Azi. Exam ni ada dua sesi. Pagi dan petang. Satu sesi 60 questions laaa. Kalau time belajar dulu kan kita dah ada soalan2 spot untuk dibaca kan? Kekadang ada jugak yang kita skip daripada study kan? Tapi untuk CFA ni Kak Azi cakap kita kena baca semua. No Skip!!! Semua wajib baca. Buku tebal mana pun. BAca okay baca. Macam mana? Semangat dah runtuh macam runtuhan salji dari bukit? Hek eleh macam ni gayanya nak amik CFA. Hahaha. Tampar diri sendiri.
 
 
Ni talk bersama Tan Sri Azman from Khazanah Nasional.
 
 Where can you work as a CFA holder???



Pros and Cons of the CFA
 
 
 
 Us from USIM



The boys with Dr Hisham
 
 
Grab and said,
 
Yes, We Can !!!!

Aku sangat terinspirasi dengan YM Raja Azura Raja Mahayuddin. Chief Executive of Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputra. Seorang wanita yang sangat menginspirasikan orang lain. Kata-kata beliau. Motivasi beliau. Kejayaan dan jasa beliau. Kedudukan beliau. Entah la kenapa aku rasa sangat terinspirasi. And last speech beliau nyanyi. Pffftttt best wehh suara. 
 
Yang tu je la yang dapat aku share. Sebenarnya ada jugak wakil2 dari Uni lain. Tapi tak sempat nak borak sangat. Semua duk busy nak sembang dengan abang2 dan akak2 yang amik CFA. Ye ah bila lagi dapat peluang macam ni kan. Aku ada berniat gak nak amik ni. Doakan aku eh :)
 
Bye!

Sunday, 20 March 2016

Resipi Homemade IceCream

Assalamualaikum

Baru beberapa hari tak update belog terus rasa nak meroyan. Haha. Tak sempat nak update sebab hujung minggu my dua hero balik bercuti. Jadi aku duk cari gaduh dengan diowang la. Sekarang kan musim panas. So jangan nak eksyen main luar berjemur bagai. Kena strok haba baru tahu. Banyakkan minum air untuk elakkan dehidrasi. 

Time musim panas ni mesti tekak nak cari yang sejuk je kan. Tiap kali makan order air yang berais je kan. Memang lupa dah sakit urat tu ye. Memang cari penyakit! So alang2 dah budak dua orang tu balik aku pun buatkan la aiskrim. Ni gara2 terpengaruh baca blog Cik Epal la ni. Sebab resipi dia senang sangat. Campak2 pastu mix je sume guna mixer. Sonang keje den.


HOMEMADE ICECREAM 

1) 1 tin susu cair
2) 10 sudu besar susu pekat ( yg ni adjust ikut tahap kemanisan deria korang- ak prefer 10 or 12 kut)
3) 1 biji telur
4) 1 sudu kecil esen vanila
5) 1 sudu besar ovalette (halal kay)


Untuk perisa :

1) biskut oreo
2) milo

Aku sebenarnya nak amik biskut Oreo tapi terambil CreamO. Sampai rumah baru perasan. Tu pun dak adik yg tegur. Dah packing dia hampir sama. Bukan salah aku. Tu pun nak gaduh. Haha.



Then masukkan semua dalam mixer. Lepas tu on je la sampai semua naik pekat, gebu dan creamyyyy. Aku mix dalam 30 minit sampai la nampak pekat macam cream. Nama lagi icecream kan. Harus la penampakan cream tu ada.




Ni masa start mix. Thanks umi for the stand mixer. Umi hadiahkan. Terus semangat nak buat kek selalu sebab tak payah nak tambah muscle lagi. Malas dan aku berpisah tiada.



Penampakan creamy sudah kelihatan. Haa.. kalau nak pekat lagi. On la lagi.



Boleh je kalau nak guna blender tapi haruslah mempunyai kesabaran yang tinggi la kut kalau nak tunggu sampai jadi creamy macam tu. Kawan aku dah try guna blender tapi katanya tak menjadi. Tak pasal buang je semua. Korang try la which better sebab aku tak try lagi guna blender.




Dah siap tu korang asingkan la dalam bekas untuk buat ikut perisa korang. Macam gambar kat atas tu. Tu milo okay.

Aku kan nak buat perisa oreo. So aku tinggalkan portion adunan dalam mixer tu sebab aku nak campur dengan biskut oreo yang dah aku patah-patahkan.


Oreo yang sudah dipatah-riukkan oleh jari jemariku yang kental ni. Lepas tu masukkan dalam mixer. Mix lagi sekali biar nampak tekstur habuk2 oreo gituhh.


Last sekali. FREEZE kan.



Layer bawah perisa vanilla.
Perisa oreo.
Perisa milo.
   

Haaaa.. tu lah hasilnya. Ada la dapat dua tiga empat bekas. Nasib baik jadikk sebab sebelum ni aku buat guna resipi whipping cream. Ya Tuhan macam pelik pulak rupanya. Keras hok aloh. Boleh bengkok sudu aku time nak makan. Haha. Ni mungkin salah aku bukan salah resipi. Orang lain buat jadi aku buat tak jadi dengan resipi yang sama. So salah siapa???

Mula2 kan semua eksyen tanak makan icecream aku buat. Semua jeling sebelah mata je tengok icecream aku. Puiii sengaja nak jatuhkan skill kita kan. Takpe Takpe. Jadinya nak dijadikan cerita bila aku balik dari berexercise untuk membakar lelemak yang terkumpul. Aku tertidur (hasil makan nasi lemak lepas exercise). Bila aku bangun dan teringatkan icecream maka aku lelaju ke arah peti ais. Bersama bayangan yang indah2 tentang homemade icecreamku. Bila buka peti ais. Tengok2 tinggal satu bekas je icecream aku yang ada. Hancur angan2 aku. Mana yang lain??!! Ni aku nak syak sape ni. Mesti keje lelaki2 yang ada dalam rumah aku la ni. 


Sabo je la. Jangan lupa try tau. Buat untuk family lagi best. Selain jimat dan selamat. Ya aku ni akan cari jalan untuk jimat dalam segalanya. Gunakan barang yang ada sudah. Jimaattt bukan kedekut. Kikikiiki.



Bye!