Saturday, 31 December 2016

Yong Jejak Korea (First Step)

Assalamualaikum

Fuh finally baru ada mood nak update kat belog ni. Disebabkan ramai yang suruh share pasal travel ke Korea hari tu. Makanya aku kumpul kekuatan untuk storykan setiap perjalanan ke sana yang selama 11 hari 10 malam tu kome. Nak cerita day by day and step by step tu memakan masa jugak la rasanya tapi tak apa aku akan ceritakan dengan bahasa yang senang faham dan senang nak digest. Aku cuba la okay. Hmmm aku nak mula dari mana ek. Sebelum tu aku akan pecahkan entri2 ni kepada banyak part la sebab travel ni aku ke Jeju dan Seoul. Kalau nak cerita sekali harung takut tade feel and sakit hati pulak nak faham kan. So aku akan storykan step by step perjalanan kami.

Btw gais dalam entry ni aku akan share First Step sebelum berangkat ke korea ye. Settlekan semua ni dulu sebelum ke sana. Barulah segalanya smooth.

TIKET FLIGHT

Aku pergi travel ni 4 orang dan plan masa final sem tu nak pergi sana. Awalnya nak pergi Europe tapi bila tengok bajet dah di luar kemampuan makanya kami decide pergi korea. Aku nak pergi korea ni pun sebab nak tebus balik tak dapat pergi masa lawatan antarabangsa uni sebelum tu. So aku tekad nak pergi jugak walaupun sendiri. Daripada tu la bermulanya perancangan kitorang search tiket murah. Cari punya cari tunggu punya tunggu semata nak dapat yang murah dan sesuai dengan bajet. Masa tu bajet memasing dalam 3k termasuk shopping dan semua sekali lah.

  • Tiket flight KL ke Seoul (AirAsia)        = RM 330 (include food)
  • Tiket flight Seoul ke KL (AirAsia)        = RM 884 (include food)
  • Tiket flight Gimpo ke Jeju (Easter Jet)  = RM 167 (pergibalik)

Tiket balik ke Malaysia mahal sikit sebab harga tak turun sangat. Ada yang murah tapi seminggu je la tempoh duk sana. Lepas bincang dan takut rasa tak puas duk sana seminggu je so kiteowang decide amik tiket harga tu. Dapat la stay sana lama sikit. Actually kitorang memasing dah diberi tugasan untuk setiap perjalanan ke sana. Siapa yang handle pasal tiket. Siapa yang handle tentatif dan penginapan kat Jeju. Siapa yang handle pengangkutan kat Jeju. Siapa yang handle tentatif dan penginapan kat Seoul. Siapa yang handle senarai barang keperluan tu semua. Yess kami bahagikan semua tu supaya takde la macam clueless sangat nanti tapi masing2 wajib study setiap peta kat sana dan rujuk blog2 pasal korea ni. Tadelah harapkan kat sorang tu je nanti nak study peta subway as you know kalau korang tak faham peta tu korang akan blur nak gerak macam mana. Serious talk!

PENGINAPAN

Yang pasal penginapan pulak kiteowang dah book awal lagi. Banyak refer laman web hotel dan penginapan macam Agoda, atau search je la guesthouse kat korea. Berlambak tapi kena pandai pilih and tengok yang sesuai dengan bajet hokay. Tapi aku nasihatkan supaya baca dulu review dari pengunjung2 lain pasal guesthouse (GH) tu semua sebab kitorang dah terkena. Annoying kut. Okay yang tu nanti aku cerita. Kalau kat Seoul aku suggest better cari area Itaewon sebab banyak restoran halal dan cari yang paling dekat dengan subway. Tak payah la jauh sangat nanti nak ke mana2 sebab subway menjadi pengangkutan utama kita di Seoul. Just contact pihak GH melalui emel. Nanti diorang akan bagi maklumat tu semua.

BOOKLET VOUCHER / T-MONEY

Dalam 2 minggu sebelum kekawan aku pergi ke Menara Hap Seng ( Korea Plaza) untuk redeem booklet voucher dan T-Money Card. But sebelum tu kitorang follow setiap instructions kat laman web Korea Tourism Organization (KTO) sebelum redeem booklet + T-Money dan dapat peta subway kat sana. Dapat peluang ni because of 2016 adalah tahun visit korea dan aku rasa yang ni valid untuk travel period until 31 december 2016 je. Untuk yang 2017 aku tak pasti tapi korang boleh tengok laman web untuk more updates. Masa ni aku tak dapat pergi almaklumlah aku duk jauh di pantai timur. Makanya diorang la yang membantu settlekan yang aku. Thanks guys! Seriously booklet ni sangat membantu kitorang kat sana terutamanya dalam bajet. Haha.
  1. Daftar sebagai member Kaki Korea Club.
  2. Jawab semua survey yang diprovidekan. (Jawab semua untuk dapatkan Code No)
  3. Bila dah dapat Code No dan ikut semua arahan yang diberitahu kat laman web ni http://www.visitkorea.com.my/discover-korea-your-way-2016.html
                        

Haaa ni booklet tu. Yang belah kanan tu voucher2 kat dalam. If tempat yang kita pergi include dalam booklet ni. Tak payah tunggu lagi. Just carikkan dan guna. Dapat diskaun banyak weh. Senyum aje la bila dah boleh jimat.

KAD DEBIT ATM

Ni incase tanak bawak duit banyak sangat kat tangan. So simpan aje dalam bank. Sampai sana just cucuk je kat atm. Kan senang! Biasanya kad debit Maybank atau CIMB yang senang digunakan untuk international. Seminggu sebelum fly aku tukar sistem kad CIMB aku pada international transaction. Caranya senang aje just pergi kat mesin atm.

Menu --- Lain2 --- Kad Debit --- Antarabangsa (select tarikh kita nak aktifkan untuk international )

CHECLIST KEPERLUAN

Kalau pasal barang2 keperluan tu semua aku banyak rujuk blog2. Disebabkan masa kitorang pergi tu awal autumn jadinya kitorang bawak ala kadar aje la. Selalu cek suhu kat sana dan banyak tanya kawan aku yang study kat sana jugak. Katanya tak sejuk sangat. Bawak sweater aje pun dah okay sebab angin sempoi2 bahasa. Tak payah nak winter coat bagai. Haha. Ni aku share apa yang kitorang bawak. Nanti bahagi la siapa bawak tu siapa bawak ni. Hope dapat membantu la.

CHECKLIST ANAK DARA TRAVEL KE KOREA

KEPERLUAN
1
STOKIN TIDUR / GLOVE / MAFLA

2
KASUT SNEAKERS + STOKIN

3
TUDUNG / SHAWL

4
RAIN COAT / PAYUNG KECIL

5
SPEC HITAM

6
TELEKUNG SOLAT

7
TUALA

8
BARANG DALAM

9
SWEATER

10
BAJU SELUAR (utk tidur)

11
BAJU SELUAR (utk Jalan2) - bawak untuk 5 hari je then recycle

12
WINTER COAT (option)

MANDIAN / MAKEUP KIT
1
ALATAN MANDI


-          PENCUCI MUKA


-          SABUN MANDI


-          UBAT GIGI + BERUS GIGI


-          SYAMPOO

2
BODY LOTION / HAND LOTION

3
LIP BALM / VASELINE (if kulit kering)

4
PERFUME / DEODORANT

5
BEDAK / MAKEUP KIT

6
INSTANT HAND SANITIZER

7
PANTYLINER / PAD

ELEKTRIK
1
UNIVERSAL CHARGER (2 PIN)  

2
WAYAR EXTENTION                  

3
SEGALA CHARGER


-          HP + CHARGER


-          GoPro + CHARGER


-          POWERBANK

4
TRAVEL ADAPTER

5
EXTENTION 3 SISI          

FIRST AID
1
HANDYPLAST

2
MINYAK CAP KAPAK

3
MINYAK GAMAT

4
PANADOL / VITAMIN C

5
SALONPAS / YOKO-YOKO

6
UBAT PANAS HALIA

LAIN-LAIN
1
TISU & WET TISSUE

2
BOTOL AIR  (utk bekal)

3
BOTOL SPRAY (utk wudhu’ + toilet)

4
HEAT PACK DAISO  (WAJIB!!!!!)

5
BANTAL KEPALA

6
PLASTIK KOSONG

7
PEN & BUKU NOTA

8
SELOTEP BESAR

9
LAUNDRY BEG

10
PLASTIK BUNGKUS

11
SURAT KHABAR

MAKANAN
1
MILO 3 IN 1 / INSTANT VICO / NESCAFE

2
MAGGIE

3
NUTELLA

4
SOS


ALONG :


-          SERUNDING DAGING


-          MINYAK MASAK


-          BIHUN


-          KIUB AYAM


MAI :


-          IKAN BILIS


-          SAMBAL


-          BAWANG


ATIN :


-          PERENCAH NASI GORENG


-          ROTI


YONG :


-          SARDIN


-          COCOCRUNCH / HONEYSTAR


-          BISKUT


-          GULA-GULA 


MAKANAN

So pasal makanan aku nasihatkan tak payah bersungguh sangat nak bawak banyak. Aku nyesal kut sebab last2 tak termakan jugak. Kononnya nak masak kat sana la apa la. Tup2 dapo tu berasap sekali dua je sepanjang duk kat sana. Buat berat beg aje. Dah lah aku bawak dua beg tarik. Rasa nak putus urat pinggang bawak beg ke hulu hilir naik train tarik beg dua tu. Nyesal lagi!!! Dah tade maknanya #travelbackpackers.  Ha lagi satu biasanya GH kat sana sediakan breakfast. So senang! Lunch dan dinner sah2 makan kat luar sebab asyik berjalan je. Lagipun duk negara orang kan for sure kita nak cuba makanan kat sana. Dah tu masa bila nak masak. Tapi ni atas korang la kan. Kalau korang rasa nak masak so bawak aje la. If tanya pendapat aku pasal makanan ni rasanya better bawak makanan ringan yang kita boleh makan masa dalam perjalanan sebab masa berjalan memang lapar and letih turun naik train tu. Sungguh!

KERETA SEWA JEJU

Okay pasal kereta sewa kat Jeju pulak. Bila nak sewa kereta ni kita wajib ada lesen memandu antarabangsa. Memula aku ingat tak payah lesen tapi rupanya kena jugak. Haha. Suka hati je nak drive kat negara orang tanpa lesen. Nak buat lesen ni harga RM150. Yang ni boleh buat kat JPJ kalau tak silap. Kitorang seminggu nak pergi baru dapat book sebab ada masalah sikit. Lepas tu baca info kata kena book 2 bulan sebelum. Rasa macam arrggghhhh!! Masa nak book untuk sewa kereta ni pun agak rumit jugak la sebenarnya. Paling memeningkan dan always in unconfirmed situation.  Dua tiga hari sebelum nak pergi pun hal ni still tak settle lagi. Stuck masa untuk pembayaran deposit tu semua. Puncanya just sebab kena bayar guna kad kredit. Wallaweh kitorang mana ada kad kredit!!?? Aku try tanya kat blog ni blog tu tapi mostly kata kena guna kad kredit. Ada jugak yang kata debit card diterima tapi kena tukar unlimited transaction. Stress lagi. Tapi bila dah dapat book okay lega sikit. Rupanya 2 bulan sebelum tu paling awal book. Hehe. Jadinya lastly kitorang decide untuk guna debit card tapi amount kat dalam mesti lebih sikit sebab takut kena cas lebih bila guna debit card ni. Terima tak terima tawakal aje laaa kat sana nanti.

Prosedur untuk sewa kereta kat Jeju boleh refer kat link blog bawah ni. Sangat2 membantu dan terima kasih akak sebab jawab semua soalan2 dan keraguan saya.  



Aku rasa aku dah cerita semuanya kat entry first step sebelum travel ke korea ni. Kalau nak tahu kitorang pergi mana masa kat Jeju, kitorang stay mana, debit card kitorang diterima ke tak and more and more. So stay tune next entry. Entry lepas ni aku story pasal aktiviti dan bajet kitorang kat Jeju.

TUNGGUUUU..... hehe

Thursday, 22 September 2016

Lasagna Ayam

Assalamualaikum

Aku kan pernah mention duk umah memang aku akan masak kalau rajin. Kalau okay. Hahaha. Tiap kali adik2 aku ada kat umah memang wajib aku akan buat ni. umi abah pun suka sebab diorang memang susah sikit bab makanan western ni selain chicken chop tak habis2. Masa first time aku buat terus jadi dan diorang suka. Fuh nasib baik!

So malas bebel bebanyak. Meh aku share resipi lasagna ayam yang biasa aku buat ni. Sebelum aku buat ni aku dah khatamkan banyak utube pasal lasagna ayam tau. Step by step aku perhati lepas tu aku compare then olah ikut selera sendiri pulak. Resipi aku ni as simple as single lady. Kemain.

 Inilah barang2nya. Simple je. Kalau nak tambah cendawan ke apa ke. Ikut selera korang lah kan! Pastu sos spagetti tu aku gune kimball dek aku meragui prego. Dulu prego kan ada isu. Terus aku takleh go.

 Potong dadu bawang putih bawang besar dan capsicum. Nak guna bawang holland pun okay. Aku ni main guna aje apa yang ada kat dapo.

 Lepas dah naik bau wangi-wangian dari bahan2 tumis tu masukkan ayam kisar. Biar sampai masak. Effect gambar aku sampai nampak asap tau. muahahaha.

  Bila ayam dah masak masukkan pulak sos spagetti kimball tu. Then masukkan sosej ke bebola ke cendawan ke. Letakkan ikut kemewahan bahan korang. Kalau pekat sangat aku masukkan air sikit. Biar banyak sikit kuah. Garam secubit. Takut kurang rasa after masukkan air kan.

 Yang ni pulak buat sos putih.

1.   2 sb mentega
2.    4 sb tepung gandum
3.  1-2 cawan susu segar 
4.   115g keju cheddar (aku masukkan ikut suka aje, ta timbang pun)
5.   sedikit garam + lada sulah

Aku buat ikut number tu. But aku tutupkan api after mentega dan tepung mixed well. Then masukkan susu segar. Letakkan balik atas api dan kacau sebati. Follow the step seterusnya sampai lah jadi macam kat atas. Kacau jangan sampai berketul. Korang tengok bebetul ye.

  
 Base aku letak yang inti tu dulu. Then lasagna. Then sos putih. Then cheese. Pastu gilir2lah. 



 Taburkan cheese sesuka hati.

 This pic adalah latest lasagna aku buat. Nampak tak sos putih tu macam smooth je kan. Takde ketul langsung. Happy me! Pastu sos merah tu berkuah giler. Yang tu memang aku nak. Aku olah sos merah tu dgn tambah tomato dan cili yang diblend. (4 biji tomato + 3 cili padi) Aku memang suka pedas. Biar lama sikit atas dapo barulah rasa tomato tu tak kuat sangat. Happy me again!

 Base pulak aku letak mashed potatoes. Letak nipis2 je nanti kang muak. Best weh! Yang lain2 tu ikut turutan macam biasalah.

Tadaaaa.. Wallah!

Try hokkay :)

Tuesday, 20 September 2016

Sekayu Waterfall, Trg

Assalamualaikum

Kalau dah rajin nak update. Hari-hari rasa nak update. Kebetulan aku ngah delete and susun gambar2 dari tab aku tu. So baik aku sharekan terus gambar2  dalam ni selain dapat share sesi berjalan aku ni. Serius aku memang pantang orang ajak berjalan. Laju aje kaki ni. Family aku pun dah bagi aku gelaran kaki jalan. Tak kisah sebab memang aku suka. 

This time aku pergi air terjun sekayu kat Kuala Berang. Ni pun kat terengganu jugak ye. Memang nak jalan area ganu je aku ni sebab of course jimat bajet. Plan ni rancang last minute dan aku ingat tak jadi dah. Tapi bila semua semangat nak pergi jadi plan on! Aku pergi seminggu lepas aku pergi pulau kapas. Muka pun tak hilang lagi menggelupas kesan main pantai. Ni nak pergi main air terjun pulak. Heaven sangat kan sampai umi abah geleng kepala. Tapi main point kitorang nak pergi sana sebab nak jumpa ucu kitorang yang memang duduk kat kuala berang . Masa tu dia dah nak balik jordan dan kitorang tak jumpa2 dia lagi. Maka haruslah kami ke sana sambil liburan gitu loh.

Malam tu dah plan siapa yang nak bawak makanan tu makanan ni. Air gelas pinggan. Semua lah! Lepas mandi mesti lapau kan. Jadi bawak sesiap makanan. Tak payah singgah beli makanan kat mana2. Pukul 9 pagi terus gerak ke sana after pickup anak2 dara yang lain. Pergi sebuah kereta aje senang. Dalam 1 jam perjalanan kami sampai umah ucu untuk pickup dia dan terus pergi sekayu. Memasing dh tak sabar nak berenang.








Aku sebenarnya dah lama tak datang sini. Paling last aku datang sini masa aku sekolah rendah. See dah berapa tahun aku tak jejakkan kaki ke sini since umi abah aku memang tak suka sangat datang tempat-tempat macam ni. Ni pun abah tak bagi aku mandi. Dah sampai sini pastu rasa air sejuk macam ais terus aku lupa janji aku kat abah. Haha. Sorry abah! Abah bebel bila dapat tahu aku mandi. Uhuk. Sekali sekala.

Tapi kan kat sini macam tak terjaga sikit lah. Kalau korang perasan yang view belakang tu dah semak samun meninggi. Pendek kata tak seindah dulu sebab tak terjaga sangat. Sayang betul! Ha lagi satu peringatan kat ladies yang nak pergi sini. Pandai2 lah amik port yg selesa dan selamat sebab kekadang ada jugak mat2 skodeng yang nak intai korang bersukaria. Kitorang panggil abam2 hitam. Haha. So beware!


 


Makan tengahari kat umah ucu sambil sembang2 mengenang kisah dulu dan update story terbaru. Best weh bila dah lama tak jumpa macam ni. Dah macam reunion balik. Sekarang ada yang ngah belajar habis belajar dan yang dah kerja pun ada. Nanti diorang nak kawen pulak. Cepat betul masa!

love

Sekian story dari Hutan Lipur Sekayu. Meh la spend weekend kat sini. Air sejuk bak hang!


Pulau Kapas, Trg

Assalamualaikum

     Ohoiiii dah berapa bulan aku tak update belog ni. Last update meroyan pasal kawan nak kawen. Ekceli aku dah habis dah intern dan dah berapa bulan aku tanam anggur kat umah. Time free ni la aku spend buat apa yang aku suka. Aku amik kelas menjahit dan pada masa yang sama aku amik order cheesetart sikit2. Memana yang sempat la kan. Aku pun upgrade la jugak skill masak aku yang sangat tumpul ni. Nanti kan nak kawen. Ewah tetibe.

     Kali ni aku nak story pasal hobi baru aku. Itupun setelah diinspirasi oleh adik kesayangan. Travel! Banyak hikmah dan manfaat daripada travel ni tau sebab tu aku jadi addicted. Hari tu aku pergi pulau kapas dengan family kawan aku. Disebabkan dah rapat family dia dah macam family sendiri. Sejujurnya aku tak pernah pergi pun pulau-pulau kat terengganu ni. Nama aje orang ganu! Bila kawan-kawan tanya pasal pulau kat terengganu memang aku geleng je la. Kalau nak story macam menipu sangat lah sebab aku sendiri pun tak pernah sampai. So sementara free ni aku pun wajibkan untuk pergilah. Kos pun dalam bajet lagi dan abah umi izinkan. So yeahaaa! Aku pergi ni daytrip tapi itu pun dah puas hati dah weh. 

     Masa tu kitorang gerak dalam pukul 9 pg ke jeti Marang. Dalam pukul 10 dah sampai kat jeti then terus pergi beli tiket kat kaunter. Kitorang amik pakej yang RM 45, harga bot + snorkeling. Kalau tak sekali dengan snorkeling harganya RM 30 sahajo. Okay la kan. Lagipun tak ramai sangat orang kat jeti masa tu mungkin sebab hari jumaat kut. Mungkin lah! So sementara tunggu turn nak naik bot kekami pun melenconglah beli itu ini. Kat sana ada pasar pagi masa hari jumaat. Jadinya bolehlah beli makanan nak di bawa ke sana.

     Aku tak sempat nak amik gambau atas bot sebab bot laju nak mati. Topi yang aku pakai pun nasib baik tak terbang tengah laut tu. Pinggang aku ni pun macam nak riuk bila bot tu terlompat2 macam naik kuda weh. Sungguh aku tak tipu. Dalam hati ni memaki je abang bawak bot tu. Sampai tak sempat nak zikir dibuatnya. Patutlah awal2 abang tu pesan suruh pegang kemas2. Ini rupanya! Turun bot terus aku bebel. Sakit hati tahu.

   
welcome!

     Sampai aje sana terus tanya pasal snorkeling  dekat pondok yg ada barang2 snorkeling tu. Kitorang tunjuk tiket je. Disebabkan masa kitorang sampai tu dah nak dekat solat jumaat. So bot untuk snorkeling tu stop kejap dan akan sambung dalam pukul 3. Kekami malas nak tunggu sebab lambat kut. Pukul 5 ptg dah nak gerak balik. Jadinya kekami mintak jer barang2 snorkeling tu awal2 dan bagitahu nak snorkeling sendiri. So angkutlah jaket dan goggle dengan riangnya. Diowang semua ni pulak tak pernah snorkeling pastu mintak aku ajarkan sebab aku pernah ada pengalaman masa kat Pangkor hari tu. Woiii itupun dah lama. Telan air masin je lah kau nanti.

semua pakai goggle kau pakai topi dengan spek. Helok sangat lah tu!




Letih dah berenang berjalanlah pulak

Puas hati aku dapat selam diri dalam air laut tengok ikan-ikan berenang depan mata. Sampai menjerit-jerit bila tengok ikan belang-belang macam nemo main kat tangan. Air dia jernih nak mampuih. SubhanAllah! 

     Kat sana kiteowang cari port paling tak ramai orang, teduh dan privasi sikitlah untuk pasang khemah. Jadi senanglah nak tukar baju dan solat. Wudhu' tu guna air laut je. Memang taklah kan kiteorang nak pergi kat tempat memula sampai tu sebab jauh sangat dari port kitowang. Kalau kat sana memang ada surau dan tempat persalinan kut. Aku takleh share sangat yang tu sebab aku tak pergi. So kalau korang rasa malas nak berjalan jejauh dari port korang tu bawaklah khemah. Senang!
     Pasal makanan pulak tak payah risau. Bawak aje makanan dari rumah. Sedap lagi menjimatkan. Lagipun fefaham ajelah tempat pelancong ramai pergi haruslah mahal barang2nya. Jangan pikir banyak! Bawak naik aje barang banyak2 dalam bot tu. Tak ada orang nak marah. Mat minah saleh bawak luggage kut. So tak ada hallah setakat makanan beberapa beg aje. Hok aloh!

tu port kami dengan siap pasang khemah hokkay

Next lepas selesai semua tukar baju dan solat asar kitorang pergi panjat bukit singa pulak. Ya Allah tangga dia tak payah nak cerita la. Curam mak aih. Kalau kau jenis gayat kau zikir je lah bebanyak. Orang cakap kat puncak cantik sebab dapat tengok view. Aku punya lah berangan nak bergambar atas sana tapi tak kesampaian. Ni semua sebab orang cakap tak ada jalan nak ke puncak tu. Aku tak pastilah sama ada diorang yang tak jumpa ke macam mana. Malas dah nak panjat lagi. Badan dah penat main air. Muka pun dah rasa pedih giler. Terbakor rasanya. So kitorang end up bergambar kat bawah tu. Itupun view cantik gak. Jadilah!


that tangga so scary!

                         






     Cantik kan view kat sana?? Cantik sangat!!Aku rasa worth giler spend rm45 untuk dapat view dan memori yang best macam ni. Tengok memasing punya pose pun boleh tahan! Ala-ala friendship photoshoot gitu. Rindu la pulakkkk.

     Kitorang gerak balik dalam 5.30 ptg macam tu. Masa tu dah ready sesiap kat tempat kitorang sampai mula2. Korang kena tanya bot balik pukul berapa sebab tak banyak bot kat sana. Takut terlepas. Ada bot yang balik lambat. So better korang tanya. Nanti kang menangis tak berlagu sebab tak boleh balik. 

Ni dah otw balik dah. Bot pun slow motion aje. Tak menggila macam awal tadi. Kalau tak memang tak dapat nak duduk setenang tu. Haha.

Sekian story dari pulau kapas. 

Hope entry ni dapat bantu kalian yang nak pergi sana. Since aku ada post gambau kat ig pasal ni jadi ramai yang tanya itu ini. Ini aje sharing yang dapat aku kongsikan untuk yang bertanya. Selamat melancong!